It's just me...

It's just me...

Saturday, August 17, 2013

RESEPI KEK BATIK

Nie la resepi yg saya guna untuk buat kek batik....

Bahan-bahan:

  1. 2 paket biskut marie (selalunya saya guna jenama Tiger)
  2. 2 paket coklat masakan (selalunya saya guna jenama Nona)
  3. 1 buttercup
  4. 2 biji telur
  5. 2 cawan milo
  6. 1 sudu teh esen vanila
  7. 1/2 tin susu pekat manis
  8. 1/2 cawan gula
Cara-cara:
  • Untuk cairkan coklat masakan,letak coklat masakan dalam periuk.Periuk dipanaskan dalam air menggelagak dalam kuali macam gambar kat bawah ni.



  • Biskut dipatah-patahkan tapi jangan kecik sangat.



  • Larutkan milo dalam air suam yang secukupnya kemudian campurkan susu pekat dan telur.
  • Dalam kuali, masukkan buttercup, coklat masakan,campuran milo, gula dan esen vanila. Panaskan hingga menggelegak.
  • Masukkan biskut dan gaulkan sehingga sebati.
  • Tuangkan dalam bekas berlapik plastik.

  •  Tekan-tekan sedikit untuk meratakan kek.
  •  Tunggu sehingga sejuk untuk disimpan di dalam peti.

No comments:

Post a Comment

Design Experiment SPM Biology