It's just me...

It's just me...

Saturday, July 13, 2013

Puisi Tradisional (Syair Siti Sianah)

Maksud
Rangkap 1
Segelintir wanita berlebih-lebihan ketika berdandan seperti mencukur bulu roma di muka dan membentuk kening. Mereka juga berhias dan memakai pakaian yang selengkapnya.
Rangkap 2
Terdapat segelintir wanita yang ketawa mengilai-ngilai. Malahan, di hadapan lelaki dia akan menunjuk-nunjukkan mukanya supaya lelaki tersebut terpikat akan kecantikannya.
Rangkap 3
Ada sesetengah wanita yang suka bersolek dan berhias. Mereka juga sanggup membuang masa di hadapan cermin bagi melihat wajah mereka.
Rangkap 4
Terdapat segelintir wanita yang tidak begitu cantik dan jelita. Malahan, hidungnya kembang dan tidak mancung seperti besar mulut buaya. Namun, mereka tetap berhias.
Rangkap 5
Ada sesetengah wanita yang berperangai buruk. Mereka membuat sanggul siput untuk menutup kekurangan rambut, malahan ada yang sanggup memakai rambut palsu.
Rangkap 6
Ada juga yang melumuri bedak di kaki, tangan, lengan dan jari sehinnga putih semata-mata untuk mengaburi mata orang yang melihatnya akan kekurangan diri mereka.
Rangkap 7
Terdapat segelintir wanita yang suka dipuji. Mereka memakai gelang sehingga ke pangkal lengan dengan tujuan untuk menarik perhatian. Mereka juga suka berpeleseran dengan lelaki.
Rangkap 8
Ada juga wanita yang mendedahkan kaki dan tangan dengan alasan untuk berubat. Sebenarnya, niat  mereka untuk membuatkan  lelaki terpikat kepadanya. Namun, tindakan mereka diketahui  Allah.
Rangkap 9
Kita hendaklah memohon perlindungan daripada Allah agar kita akan terselamat daripada segala kemungkaran, malahan dijauhi daripada berperangai seperti perempuan yang tidak berakhlak.
Rangkap 10
Sesetengah wanita suka berjudi sehingga tergadai barang kemas akibat perangai buruknya selama ini.
Rangkap 11
Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan akan mengakibatkan berlakunya perlakuan yang tidak senonoh. Mereka juga mengabaikan solat kerana hasutan syaitan.

Tema
Nasihat kepada golongan wanita bagi memelihara maruah diri.

Persoalan
1.     Persoalan sikap wanita yang suka berhias hingga melanggar hukum syarak.
2.     Persoalan ketaaatan kepada  Allah. 
3.     Persoalan kesan buruk perjudian. 
4.     Persoalan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Bentuk
1.     Terdiri daripada sebelas rangkap.
2.     Setiap rangkap terdiri daripada empat baris.
3.     Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 2 hingga 6 patah kata.
·         mudah-mudahan dilepaskanlah (2 perkataan)
·         kaki dan tangan lengan dan jari (6 perkataan)
4.     Terdiri daripada 9 hingga 14 suku kata.
·         Ianya elok tiada tandingnya  (9 suku kata)
·         Sesetengah perempuan terlalu janggalnya (11 suku kata)
5.     Rima akhir syair ini ialah aaaa
6.     Syair ini adalah puisi terikat.

Gaya Bahasa
1.     Asonansi - Pengulangan huruf vokal - Sesetengah perempuan perangainya cela pengulangan vokal e
2.     Aliterasi -  Melihat laki-laki ditampakkan muka pengulangan konsonan ki
3.     Kata ganda  -  dibelek-belek, berjela-jela
4.     Simile  - Seperti taji berandam di keningnya , Seperti buaya besar mulutnya
5.     Bahasa  klasik -  molek, cemara, intan serudi dan sempolah
6.     Peribahasa -  makan angkat

Nilai
1.     Nilai kesopanan
Seseorang wanita yang berada di khalayak ramai perlu bersopan santun seperti jangan ketawa mengilai-ngilai. 
2.     Nilai kesederhanaan
Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri.
3.     Nilai ketaatan kepada agama.
Setiap tindakan yang ingin dilakukan oleh seseorang harus berlandaskan agama.
4.     Nilai kesyukuran.
Bersyukurlah dengan kurniaan Tuhan dan menerima kekurangan diri.

Pengajaran
1.     Seseorang wanita  haruslah menjaga adab dan perilaku agar dihormati oleh orang lain..
2.     Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri, namun tidaklah secara berlebih-lebihan agar tidak menimbulkan fitnah.
3.     Kita tidak harus terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian agar tidak berlakunya pembaziran.
4.    Seseorang wanita haruslah menjaga batas pergaulan dengan golongan lelaki agar terpelihara daripada maksiat

No comments:

Post a Comment

Design Experiment SPM Biology