It's just me...

It's just me...

Friday, August 2, 2013

HUKUM TAJWID



HUKUM ALIF LAM DAN MAD

Alif Lam Qamariah
Apabila di atas huruf lam ada tanda sukun.

Alif Lam Syamsiah
Apabila di atas huruf lam tiada tanda sukun.

Mad
Bahasa : menambah / memanjangkan
Istilah : memanjangkan suara pada kadar 2 hingga 6 harkat pada huruf mad ( alif , waw, ya )


Mad Jaiz Munfasil
Apabila huruf mad bertemu hamzah dalam 2 kalimah
Panjang bacaan 4 / 5 harkat

Mad Wajib Muttasil
Apabila huruf mad bertemu hamzah dalam 1 kalimah
Panjang bacaan 4/5 harkat

Mad Lin
Apabila huruf waw atau ya bertanda sukun yang huruf sebelumnya berbaris atas, dan huruf selepasnya dibaca sukun kerana wasal.
Panjang bacaan 2, 4 atau 6 harkat

Mad Aridh Lis Sukun
Apabila bacaan diwaqafkan pada huruf akhir dan terdapat huruf mad sebelumnya.
Bacaan panjang 2, 4 atau 6 harkat

Mad Silah Qasirah
Apabila huruf ha tidak bertemu hamzah dalam 2 kalimah
Kadar bacaan 2 harkat

Mad Silah Tawilah
Apabila huruf ha bertemu hamzah dalam 2 kalimah
Kadar bacaan 4 atau 5 harkat

Mad Tamkin
Apabila terdapat dua huruf ya dalam 1 kalimah dengan ya pertama bersabdu dan ya kedua sukun

Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf
Apabila huruf mad bertemu dengan huruf sukun dalam 1 kalimah
Panjang bacaan 6 harkat

Mad Lazim Kalimi Muthaqqal
Apabila huruf mad bertemu huruf bersabdu dalam 1 kalimah
Kadar bacaan 6 harkat

QALQALAH

Qalqalah
Bacaan yang dibunyikan secara melantun balik apabila huruf Qalqalah disukunkan.

Qalqalah Sughra
Bunyi lantunan yang rendah sedikit pada huruf Qalqalah.

Qalqalah Kubra
Bunyi lantunan yang besar pada huruf Qalqalah yang diwaqafkan.



NUN MATI DAN TANWIN & MIM SAKINAH

Hukum Nun Sakinah dan Tanwin
Apabila nun sukun atau tanwin bertemu dengan huruf hija'iyyah akan menghasilkan 4 hukum tajwid
IZHAR HALQI / IKHFAK HAKIKI / IDGHAM MAALGHUNNAH / IDGHAM BILAGHUNNAH / IQLAB

Hukum Mim
Apabila mim sukun bertemu dengan huruf Hija'iyyah akan menerbitkan 3 hukum
IKHFAK SYAFAWI / IZHAR SYAFAWI / IDGHAM MISLAIN


Izhar Halqi
Apabila huruf nun bertanda sukun atau tanwin bertemu dengan 6 huruf Izhar.
Bacaan jelas dan terang
Iqlab
Apabila huruf nun sukun atau tanwin bertemu dengan huruf ba.
Ikhfak Hakiki
Apabila huruf nun sukun atau tanwin bertemu dengan 15 huruf Ikhfak
Bacaan dengung

Idgham Bighunnah/Maal Ghunnah
Apabila nun sukun atau tanwin bertemu dengan 4 huruf Idgham.
Bacaan dengung
Idgham Bila Ghunnah
Apabila huruf nun sukun atau tanwin bertemu dengan 2 huruf ( lam dan ra )
Bacaan jelas
Idgham Mislain/Mutamasilain
Apabila mim sukun bertemu dengan mim bersabdu
Bacaan dengung

Ikhfak Syafawi
Apabila mim sukun bertemu dengan huruf Ikhfak Syafawi ( ba )
Bacaan dengung


Izhar Syafawi
Apabila mim sukun bertemu dengan semua huruf kecuali mim dan ba.
Bacaan jelas dan nyata


HUKUM WAQAF

Waqaf dari sudut bahasa ialah berhenti atau menahan, manakala dari sudut istilah tajwid ialah menghentikan bacaan sejenak dengan memutuskan suara di akhir perkataan untuk bernapas dengan niat ingin menyambungkan kembali bacaan. Terdapat empat jenis waqaf yaitu:
  • ﺗﺂﻡّ (taamm) - waqaf sempurna 
    • iaitu mewaqafkan atau memberhentikan pada suatu bacaan yang dibaca secara sempurna, tidak memutuskan di tengah-tengah ayat atau bacaan, dan tidak memengaruhi arti dan makna dari bacaan karena tidak memiliki kaitan dengan bacaan atau ayat yang sebelumnya maupun yang sesudahnya;
  • ﻛﺎﻒ (kaaf) - waqaf memadai 
    • iaitu mewaqafkan atau memberhentikan pada suatu bacaan secara sempurna, tidak memutuskan di tengah-tengah ayat atau bacaan, namun ayat tersebut masih berkaitan makna dan arti dari ayat sesudahnya;
  • ﺣﺴﻦ (Hasan) - waqaf baik 
    • iaitu mewaqafkan bacaan atau ayat tanpa memengaruhi makna atau arti, namun bacaan tersebut masih berkaitan dengan bacaan sesudahnya;
  • ﻗﺒﻴﺢ (Qabiih) - waqaf buruk 
    • iaitu mewaqafkan atau memberhentikan bacaan secara tidak sempurna atau memberhentikan bacaan di tengah-tengah ayat, wakaf ini harus dihindari karena bacaan yang diwaqafkan masih berkaitan lafaz dan maknanya dengan bacaan yang lain.

TANDA-TANDA WAKAF

  • Tanda mim (  مـ  ) disebut juga dengan Waqaf Lazim. yaitu berhenti di akhir kalimat sempurna. Wakaf Lazim disebut juga Wakaf Taamm (sempurna) karena wakaf terjadi setelah kalimat sempurna dan tidak ada kaitan lagi dengan kalimat sesudahnya. Tanda mim ( م ), memiliki kemiripan dengan tanda tajwid iqlab, namun sangat jauh berbeda dengan fungsi dan maksudnya;
  • tanda tho (  ) adalah tanda Waqaf Mutlaq dan haruslah berhenti.
  • tanda jim (  ) adalah Waqaf Jaiz. Lebih baik berhenti seketika di sini walaupun diperbolehkan juga untuk tidak berhenti.
  • tanda zha (  ) bermaksud lebih baik tidak berhenti;
  • tanda sad (  ) disebut juga dengan Waqaf Murakhkhas, menunjukkan bahwa lebih baik untuk tidak berhenti namun diperbolehkan berhenti saat darurat tanpa mengubah makna. Perbedaan antara hukum tanda zha dan sad adalah pada fungsinya, dalam kata lain lebih diperbolehkan berhenti pada waqaf sad;
  • tanda sad-lam-ya' ( ﺻﻠﮯ ) merupakan singkatan dari "Al-washl Awlaa" yang bermakna "wasal atau meneruskan bacaan adalah lebih baik", maka dari itu meneruskan bacaan tanpa mewaqafkannya adalah lebih baik;
  • tanda qaf (  ) merupakan singkatan dari "Qiila alayhil waqf" yang bermakna "telah dinyatakan boleh berhenti pada wakaf sebelumnya", maka dari itu lebih baik meneruskan bacaan walaupun boleh diwaqafkan;
  • tanda sad-lam ( ﺼﻞ ) merupakan singkatan dari "Qad yuushalu" yang bermakna "kadang kala boleh diwasalkan", maka dari itu lebih baik berhenti walau kadang kala boleh diwasalkan;
  • tanda Qif ( ﻗﻴﻒ ) bermaksud berhenti! yakni lebih diutamakan untuk berhenti. Tanda tersebut biasanya muncul pada kalimat yang biasanya pembaca akan meneruskannya tanpa berhenti;
  • tanda sin ( س ) atau tanda Saktah ( ﺳﮑﺘﻪ ) menandakan berhenti seketika tanpa mengambil napas. Dengan kata lain, pembaca haruslah berhenti seketika tanpa mengambil napas baru untuk meneruskan bacaan;
  • tanda Waqfah ( ﻭﻗﻔﻪ ) bermaksud sama seperti waqaf saktah ( ﺳﮑﺘﻪ ), namun harus berhenti lebih lama tanpa mengambil nafas;
  • tanda Laa (  ) bermaksud "Jangan berhenti!". Tanda ini muncul kadang-kala pada penghujung mahupun pertengahan ayat. Jika ia muncul di pertengahan ayat, maka tidak dibenarkan untuk berhenti dan jika berada di penghujung ayat, pembaca tersebut boleh berhenti atau tidak;
  • tanda kaf (  ) merupakan singkatan dari "Kadzaalik" yang bermakna "serupa". Dengan kata lain, makna dari waqaf ini serupa dengan waqaf yang sebelumnya muncul;
  • tanda bertitik tiga ( ... ...) yang disebut sebagai Waqaf Muraqabah atau Waqaf Ta'anuq (Terikat). Waqaf ini akan muncul sebanyak dua kali di mana-mana saja dan cara membacanya adalah harus berhenti di salah satu tanda tersebut. Jika sudah berhenti pada tanda pertama, tidak perlu berhenti pada tanda kedua dan sebaliknya.

HUKUM RA'

Hukum ra' adalah hukum bagaimana membunyikan huruf ra' dalam bacaan. 
Terdapat tiga cara iaitu kasar atau tebal, halus atau nipis, atau harus dikasarkan dan dinipiskan.

     Bacaan ra' harus dikasarkan  (Ra Tafkhim) apabila:
  • Setiap ra' yang berbaris atas atau hadapan.
Contoh: ﺭَﺑﱢﻨَﺎ
  • Setiap ra' yang berbaris mati dan huruf sebelumnya berbaris hadapan atau atas.
Contoh: ﻭَﺍﻻَﺭْﺽ
  • Ra' berbaris mati yang huruf sebelumnya berbaris bawah yang mendatang, bukan baris yang asal.
Contoh: ٱﺭْﺟِﻌُﻮْﺍ
  • Ra' berbaris mati dan sebelumnya huruf yang berbaris bawah tetapi ra' tadi berjumpa dengan huruf isti'la'.
Contoh: ﻣِﺮْﺻَﺎﺪ

Bacaan ra' yang dinipiskan (Ra Tarqiq) adalah apabila:
  • Setiap ra' yang berbaris bawah.
Contoh: ﺭِﺟَﺎﻝٌ
  • Setiap ra' yang sebelumnya terdapat huruf lin
Contoh: ﺧَﻴْﺮٌ
  • Ra' mati yang sebelumnya juga huruf berbaris bawah tetapi tidak berjumpa dengan huruf isti'la'.
Contoh: ﻓِﺮْﻋَﻮﻦَ

Bacaan ra' yang harus dikasarkan dan dinipiskan adalah apabila setiap ra' yang berbaris mati yang huruf sebelumnya berbaris bawah dan kemudian berjumpa dengan salah satu huruf isti'la'.
Contoh: ﻓِﺮْﻕ

*Isti'la' (ﺍﺳﺘﻌﻼ ﺀ): terdapat tujuh huruf iaitu :-
kha' (خ), sod (ص), dhod (ض), tho (ط), qaf (ق), dan zho (ظ).

No comments:

Post a Comment

Design Experiment SPM Biology