It's just me...

It's just me...

Saturday, July 13, 2013

Puisi Tradisional (Seloka Emak Si Randang)


Maksud
Seloka ini mengisahkan Emak Si Randang yang baik hati. Dia rela memasakkan  makanan untuk membantu orang dagang yang tidak dikenalinya. Emak Si Randang sanggup berhabis-habisan bagi melayan tetamunya sehingga sanggup meruntuhkan rumah jika tidak berkayu. Namun demikian, Emak Si Randang mengabaikan anaknya sendiri. Setelah orang dagang itu  pergi, Emak Si Randang  terpaksa menanggung hutang kerana kehabisan beras sedangkan padi yang ditanamnya tidak menjadi.

Tema
Sikap masyarakat yang terlalu mengagungkan orang luar berbanding ahli keluarga sendiri.

Persoalan
1.     Persoalan rasional ketika melakukan sebarang tindakan
2.     Persoalan pembaziran yang perlu dielakkan .
3.     Persoalan tanggungjawab seorang ibu terhadap keluarga.

Bentuk
1.     Terdiri daripada satu rangkap.
2.     Bilangan baris dalam rangkap tersebut ialah 8 baris.
3.     Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3  hingga 4.
·         Dagang lalu ditanakkan (3 perkataan)
·         Tiada kayu rumah diruntuhkan (4 perkataan)
4.     Terdiri daripada 8 hingga 10 suku kata.
·         Dagang lalu ditanakkan (8 suku kata)
·         Tiada kayu rumah diruntuhkan (10 suku kata)
5.     Rima akhir seloka   ini ialah abbbbcac
6.     Seloka ini berbentuk bebas.

Gaya Bahasa
1.     Asonansi - Anak pulang kelaparan - a diulang 6 kali
2.     Aliterasi  - Anak dipangku diletakkan  - k  diulang 4 kali
3.     Sinkope  - Beras habis padi tak jadi ( baris 8)
4.     Anafora-  Anak pulang kelaparan , Anak di pangku diletakkan
5.     Penggunaan peribahasa -  Kera di hutan disusui
6.     Hiperbola -  Tiada kayu rumah diruntuhkan

Nilai
1.     Nilai kebijaksanaan. - Seseorang perlu bijaksana menggunakan akal fikiran  dalam melakukan sesuatu tindakan
2.     Nilai bertanggungjawab - Seseorang ibu perlu bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak.
3.     Nilai berbudi - Kita disarankan berbudi kepada semua orang tetapi mestilah berpada-pada..

Pengajaran
1.     Kita janganlah melebih-lebihkan orang luar dan sebaliknya mengabaikan ahli keluarga sendiri agar kehidupan lebih harmoni.
2.     Kita mestilah menggunakan akal fikiran yang rasional dalam sebarang tindakan agar tidak mendapatkan kesan yang buruk.
Kita hendaklah melayan  tetamu dengan berpada-pada agar tidak berlakunya pembaziran.

No comments:

Post a Comment

Design Experiment SPM Biology