PEREMPUAN : RM 6000? Semurah itukah saya?
LELAKI : Errmm...ok. RM 10 ribu.
PEREMPUAN : Kalau RM 10 ribu, rantai leher saya pun RM 10 ribu. Kiranya saya ni seperti rantai leher yang akan awak hancurkan bentuknya dan buat lain apabila bosan dengan bentuk yang lama?
LELAKI : Ok!! RM 20 ribu.
PEREMPUAN : Kereta Viva saya berharga RM40 ribu....bermakna saya lebih murah dari kereta Viva di sisi awak?
LELAKI : Ok,, RM 50 ribu.
PEREMPUAN : Adakah itu harga saya? Bangunan KLCC tu pun berharga jutaan ringgit.
LELAKI : Ok, baiklah. Awak letaklah sendiri berapa harga awak dan saya akan bayar.
PEREMPUAN : Awak,, diri saya terlalu mahal..sehingga awak tak dapat nak beli. Cukuplah awak bagi saya RM 100 sahaja... bukan kerana harga saya tetapi kerana perintah agama yang mewajibkan mas kahwin.
Mas kahwin or hantaran mahal belum tentu boleh menjamin kebahagiaan.
Cukup sekadar mengikut kemampuan dan tidak membebankan...
No comments:
Post a Comment