Suatu hari seorang profesor menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang pendayung sampan. Di tengah sungai, profesor bertanya,"Kamu pandai menulis dan membaca?'
"Tidak. Saya buta huruf,"jawab pendayung sampan.
"Kalau begitu,kamu sudah hilang separuh separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup dengan berjaya."
Sampan bergerak perlahan. Tak lama selepas itu, profesor bertanya lagi,"Kamu ada membuat simpanan wang di bank?"
"Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan,"jawab pendayung sampan lagi.
"Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tidak menyimpan wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti."
Sampan terus bergerak. Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir tenggelam. Kali ini pendayung sampan bertanya kepada profesor ,"Tuan, adakah tuan pandai berenang?"
"Eh..eh..saya tidak tahu,"jawab profesor dengan nada panik.
"Kalau begitu tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!"
Ilmu dikurniakan berbeza2 mengikut individu..Hargailah orang lain..
No comments:
Post a Comment