It's just me...

It's just me...

Saturday, July 13, 2013

PUISI TRADISIONAL (Pantun Empat Kerat (Budi))


Maksud:
Rangkap 1
Seseorang yang berbudi, namanya pasti akan disebut-sebut.
Rangkap 2
 Seseorang yang berbudi akan terus menjadi sebutan walaupun telah meninggal dunia.
Rangkap 3
Walaupun hanya sedikit budi yang ditaburkan akan tetap dikenang.
Rangkap 4
Perasaan kasih sayang yang wujud dalam diri seseorang akan menyebabkan hubungan mereka berterusan ke akhir hayat.

Tema
Kelebihan mempunyai budi pekerti yang baik

Persoalan
Persoalan budi yang sentiasa dikenang walaupun telah meninggal dunia.
Persoalan ketinggian nilai budi.
Persoalan kasih sayang yang wujud sesama insan hasil daripada budi yang ditaburkan.

Bentuk
Terdiri daripada empat  rangkap
Setiap rangkap terdiri daripada empat baris
Jumlah perkataan dalam setiap baris antara tiga hingga lima
 - Anak itik terenang-renang  (tiga perkataan)
 - Jika tak kenang kepada saya  (lima perkataan)
Terdiri daripada 9 hingga 11 suku kata.
 - Terang  bulan  terang  di  paya  (9 suku kata)
 - Orang yang  mati meninggalkan nama  (11 suku kata)
Rima akhir pantun ini ialah abab
Bentuk pantun ini terikat dengan puisi tradisional.

Gaya Bahasa
 Asonansi - Terang bulan terang di paya  - pengulangan vokal a
 Aliterasi   Orang yang mati meninggalkan nama. –pengulangan konsonan g
Kata ganda - Anak ikan terenang-renang
Sinkope  Jika tak kenang kepada saya
Repitasi -  Terang bulan terang di paya

Nilai
Nilai menghargai budi. Budi yang ditabur oleh seseorang akan dikenang walaupun orang itu telah tiada.
Nilai keikhlasan. Keikhlasan menghulurkan budi kepada insan lain.

Pengajaran
Kita haruslah  berbudi kepada orang lain agar disanjung oleh masyarakat.
 Kita mestilah ikhlas menabur budi agar kehidupan lebih sejahtera.
Kita hendaklah menghargai budi yang dicurahkan oleh orang lain agar hubungan berkekalan

No comments:

Post a Comment

Design Experiment SPM Biology