It's just me...

It's just me...

Thursday, November 27, 2014

Cinta dan Persahabatan ~exuperantia 29 tetap di hati~


Cinta
Satu ungkapan yang belum pasti keindahannya
Kerana di sebalik keindahan cinta itu
Pastinya akan merentap kedamaian jiwa
Seorang pencinta setia
Tatkala ikatan diundang kekecewaan

Namun ia tetap betah menjemput setiap jiwa
Yang punya hati dan perasaan
Hakikat yang tersimpan di sebalik anugerah ini
Tak terungkai dengan bicara do bibir
Tak tergambar dengan lakonan
Begitu syahdunya kurniaan Ilahi
Lahirnya dari hati seorang insan
Penyayang dan berperasaan

Persahabatan
Suatu ikatan yang lahir dari hati
Keinginan yang ikhlas
Bagi berkongsi tangis,tawa,kasih sayang dan keakraban
Seseungguhnya sahabat itulah tempat berbicara setulusnya
Tentang impian dan pengertian hidup ini

Persahabatan yang murni dan suci
Adalah perhubungan disulami dengan benang kejujuran
Diwarnai dengan keikhlasan
Dicurahi dengan kasih sejati
Sekiranya menjadi gunting dalam lipatan
Robohlah tembok keluhuran sebuah persahabatan

Teman yang budiman
Mengertilah maksudku ini
Sesungguhnya ini apa yang tersimpul di hati kecilku ini
Sejak perkenalan kita

Kita bina tugu persahabatan
Yang dipagar besi kedewasaan
Yang teguh berdiri megah di laman hati kita
Tak tumbang dek rintangan
Hanya satu pintaku
Agar dikau selalu mengingati diriku

Thursday, March 6, 2014

~COUPLE ISLAMIK~

Apa 2 couple islamik?? Jom baca kisah ni..kot2 faham...

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad.
Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari.
Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura.
Matanya mengalahkan Zinnirah.
Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan.
Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan.
Tetapi, Syafiq cuba tahan.
Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.
Beberapa tahun berlalu...
Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan.
Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya.
Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam.
Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’.
Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple.
"COUPLE ISLAMIC"

Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni.
Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah.
Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran.
Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi.
Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa.
Lelaki di depan,perempuan di belakang.
Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail.
Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC.
Muhammad tiba-tiba dating menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk.
Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?".
"No.", jawab Safura.
"So, why you sit together with this ajnabi alone here", Tanya Muhammad.
"Kami couple, tapi Islamic way", jawab Syafiq.
Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu.
Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku Kristian. Tinggal kat Singapore.
Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku.
Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu.
Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya.
Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi.
Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni???
Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam.
Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia.
Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir.
Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu.

Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia.
Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia.
Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah.
Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu.
Asal dia berak aku vacuum terus.
Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun.
Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba.
Masa untuk sembelih babi ni.
Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah.
Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni.
Lepas tu, aku pun masak la bakut teh.
Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan.
Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan.
Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”.....................

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar.
Kalau benda itu haram, ia tetap haram.
Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...
yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..
peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya....wallahualam
Cerita ni tuk BUDAK2 kecik yg tgh bru nk syoook BERcinta....Haaaaaaa

P/s : Couple itu Haram..Jauhi Pergaulan bebas..

Monday, February 3, 2014

PEMAKAIAN TUDUNG ZAMAN KINI

Pada hari ini, dapat kita perhatikan ramai muslimah mulai sedar akan kewajipan mengenakan tudung. Kita dapat lihat bagaimana seorang muslimah sebelumnya tidak bertudung, kemudian mula mengenakan tudung. Alhamdulillah, Rahimahunnallah. Walau bagaimanapun, sayangnya kebanyakan dari mereka masih belum mengenakan tudung yang benar-benar sesuai dengan kehendak syariat. Kebanyakan dari mereka memakai tudung mengikut trend atau hanya ingin dilihat lebih islamik. Mereka lebih mementingkan keanggunan, kecantikan tanpa mempedulikan apakah benar tudung mereka betul atau tidak.
 
Kebanyakan tudung yang dijual hari ini tidak cukup untuk menutup aurat secara sempurna melainkan meninggalkan celah-celah yang memperlihatkan aurat. Menurut jumhur ulama, aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan. Sebagaimana ulama ahli tafsir Imam Al-Qurthubi berkata, pengecualian itu adalah pada wajah dan telapak tangan. Yang menunjukkan hal itu adalah apa yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah:
Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah sedangkan ia memakai pakaian tipis. Maka Rasulullah berpaling darinya dan berkata kepadanya : “Wahai Asma ! Sesungguhnya jika seorang wanita itu telah mencapai masa haid, tidak baik jika ada bagian tubuhnya yang terlihat, kecuali ini.” Kemudian beliau menunjuk wajah dan telapak tangannya. Allah Pemberi Taufik dan tidak ada Rabb selain-Nya”. Maka, selain muka dan telapak tangan, tidak boleh terlihat walaupun sedikit.

Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam melarang para wanita muslimah berpakaian ketat. Dan batasan ketat adalah tergambarnya bentuk salah satu anggota tubuh yang termasuk aurat. Usamah bin Zaid pernah berkata :
Rasulullah pernah memberiku baju Quthbiyah yang tebal yang merupakan baju yang dihadiahkan oleh Dihyah Al-Kalbi kepada beliau. Baju itu pun aku pakaikan pada isteriku. Nabi bertanya kepadaku : “Mengapa kamu tidak mengenakan baju Quthbiyah ?” Aku menjawab : Aku pakaikan baju itu pada istriku. Nabi lalu bersabda : “Perintahkan ia agar mengenakan baju dalam di balik Quthbiyah itu, karena saya khawatir baju itu masih bisa menggambarkan bentuk tulangnya.” (Ad-Dhiya Al-Maqdisi dalam Al-Hadits Al-Mukhtarah I/441; Ahmad dan Al-Baihaqi dengan sanad Hasan).
Sungguh menghairankan sesetengah muslimah yang sudah menyedari akan wajibnya menutup aurat, namun di dalam hatinya masih ada keinginan untuk menonjolkan bahagian-bahagian tubuhnya agar terlihat indah di mata laki-laki. Waliyyadzubillah. Sehingga mereka pun memakai tudung secara ala-kadar sahaja. Kesilapan muslimah yang menggayakan tudung pada hari ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian.
 
1.Antara tudung yang popular dipakai masa kini adalah tudung lilit atau tudung pendek. Hampir kebanyakan muslimah menggayakan tudung jenis di mana banyak dipengaruhi oleh pemakaian artis-artis tempatan. Rata-rata daripada mereka akan mengatakan tudung jenis ini ringkas, tidak rimas dan senang dipakai. Namun tidak syak lagi pemakaian jenis ini mendedahkan dada. Padahal telah jelas dalil menyebutkan:

“Dan hendaklah mereka menutupkan tudung ke dada mereka…” (QS. An Nur : 31)



 
2.Antara kebiasaan yang selalu dilakukan muslimah pada hari ini adalah memasukkan tudung ke dalam baju atau memakai jaket atau coat diluarnya. Ini menyebabkan hilangnya fungsi tudung untuk menutupi bentuk tubuh bahagian atas. Memang terdapat pelbagai alasan diberi untuk mengenakan tudung jenis ini.
 
Pertama adalah untuk keperluan keselamatan, misalnya ingin memasuki makmal, tudung perlu dimasuki ke dalam coat bagi mengelak dari disambar api, bahan kimia dan sebagainya. Penyelesaian untuk permasalahan ini, pakailah coat yang besar dan longgar sehingga tidak menampakkan langsung bentuk tubuh bahagian atas. Namun, kalau kita lihat situasi hari ini, sukar untuk melihat mereka yang memakai coat yang disebutkan itu. Kedua pula, adalah keperluan akademik. Mereka menggayakan tudung jenis ini dengan alasan kekemasan seperti yang dapat kita lihat pada badan-badan uniform seperti Pasukan Pandu Puteri, Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah dan lain-lain lagi. Sukar untuk berkompromi dengan alasan ini kerana tidak bolehkah mengemaskan sahaja tudung yang dilabuh itu? Mengapakah mereka tidak boleh mencotohi Pasukan Puteri Islam yang tampak molek dengan tudung tidak dimasukkan ke dalam baju tetapi masih boleh berfungsi sebagai satu pasukan? Ini adalah persoalan yang perlu diperhalusi lagi.

 
 
Kesimpulannya, dapat dinyatakan disini, jumhur ulama berpendapat bahawa panjang minima bagi suatu tudung adalah sampai menutupi dada dengan sempurna. Namun ini bukan bererti sekadar melepasi sepanjang itu. Kerana seringkali diterpa angin, maka bahagian dada akan tersingkap. Maka, tidak ada pilihan lain bagi muslimah kecuali mengenakan tudung yang lebih panjang dari itu. Bahkan sangat baik bila tudung menjulur panjang sampai ke punggung. Dan inilah pendapat sebagian ulama dengan mengambil zahir dari perintah Allah pada surat Al-Ahzab ayat 59:

Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mumin : “Hendaklah mereka mengulurkann jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” (QS. Al Ahzab : 59)

Walau demikian kami bersyukur kepada Allah, bahawa sekarang mulai terlihat kesedaran dikalangan muslimah di negara kita untuk mulai mengenakan tudung. Walaupun sebahagian besar masih belum memenuhi kriteria syar’i, namun kami berharap saudari-saudari kita muslimah sentiasa berproses dan memperbaiki diri dalam pemakain tudung hingga sesuai dengan apa yang ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Kita berharap semoga kaum muslimah kita yang dimuliakan oleh Allah, sentiasa memperbaiki diri dan menjaga kehormatan dirinya dengan taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya. Beragama dengan kaedah yang benar sesuai Al Qur’an dan As Sunnah, bukan hanya mengikuti perasaan, atau mengikuti apa yang dianggap baik oleh kebanyakan orang. Wallahu ta’ala a’lam.

KESALAHAN UMUM DALAM SOLAT

Bismillāh, Allāhumma yassir wa a’in
 
Rasulullah s.a.w. bersabda,
Amal hamba yang pertama kali akan dihisab adalah solatnya. Jika solatnya baik, dia berjaya dan berhasil, dan jika solatnya rosak, dia sangat rugi
(HR. Nasa-i, Turmudzi, dan dinilai shahih oleh Al Albani).
 
Semua orang yang memahami hadits ini sangat menyedari, betapa pentingnya nilai solat dalam syariat. Dan untuk mendapatkan nilai sempurna dalam solat, hampir tidak mungkin dilakukan oleh hamba mengingat banyaknya kekurangan yang kita lakukan. Sekalipun ini hampir tidak mungkin, namun setidaknya kita berusaha nilai amal solat kita mendekati sempurna. Di antara usaha yang boleh kita lakukan adalah mengurangkan semaksimum mungkin  kesalahan yang terjadi selama kita solat.
 
Dua Kesalahan dalam Solat
Dalam solat, kita mengenal ada gerakan atau bacaan yang statusnya sebagai rukun solatt, wajib solat , dan sunat solat. Oleh itu, kesalahan yang dilakukan ketika solat, boleh  kita kelompokkan menjadi dua :
Pertama, kesalahan yang boleh membatalkan solat. Itulah semua kesalahan yang akan mengurangkan kadar rukun atau wajib solat. Sehingga dia dianggap belum mengerjakan rukun atau wajib shalat tersebut.
Kedua, yang tidak sampai membatalkan solat. Kesalahan ini tidak sampai mengurangi kadar rukun atau wajib solat.
 
Kesalahan yang Sering Terjadi Dalam Solat
Berikut beberapa kesalahan yang sering dilakukan kaum muslimin ketika solat. Sebahagian ada yang mengancam keabsahan solatnya dan sebahagian tidak sampai membatalkan solat.
 
[1] Tidak thoma’ninah
Yang dimaksud thoma’ninah adalah posisi tubuh tenang ketika melakukan gerakan rukun tertentu. Ukuran tenangnya adalah mencukupi untuk membaca satu kali do’a dalam rukun tersebut.
Misalnya, thoma’ninah ketika ruku’, ertinya posisi tubuh tenang setelah ruku’ sempurna. Kemudian baru membaca do’a ruku’, minimal sekali.
Sering kita saksikan, beberapa kaum muslimin tidak thoma’ninah. Mereka ruku’ dan sujud terlalu cepat. Setelah sampai titik ruku’ atau sujud, terus bangun. Ada kemungkinan, do’a ruku’ sudah dibaca ketika bergerak ruku’, sebelum ruku’ sempurna. Solat seperti ini batal karena tidak thoma’ninah.
 
Suatu ketika ada seseorang yang masuk masjid kemudian solat dua rakaat. Seusai shalat, orang ini menghampiri Nabi Muhammad s.a.w. yang ketika itu berada di masjid. Namun Rasulullah s.a.w. menyuruh orang ini untuk mengulangi soatnya. Setelah diulangi, orang ini balik lagi, dan disuruh mengulangi lagi solatnya. Ini berlangsung sampai 3 kali. Kemudian Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepadanya cara solat yang benar. Ternyata masalah utama yang menyebabkan solatnya batal adalah kerana dia tidak thoma’ninah. Dia bergerak ruku’ dan sujud terlalu cepat. (HR. Bukhari & Muslim).
 
Hadits ini menjadi dalil bahawa thoma’ninah dalam solat termasuk rukun solat. Untuk membetulkannya, berhenti seketika ketika kita sudah sempurna ruku’, atau sujud, kemudian baru baca do’a ruku’ atau do’a sujud.
 
[2] Was-was ketika takbiratul ihram
Kesalahan kedua ini banyak dialami oleh mereka yang berkeyakinan harus serentak antara niat di hati dan ucapan takbiratul ihram. Jika ada sedikit yang mengganggu dalam proses niatnya, dia langsung membatalkan diri dan mengulangi takbiratul ihram.
 
Perbuatan ini sejatinya telah diperingatkan para ulama. Berikut para ulama yang memberikan peringatan akan hal ini,
1. Ibnul Jauzi mengatakan, “Ada juga orang yang bertakbir kemudian dia batalkan takbirnya, bertakbir lagi, dia batalkan lagi, ketika imam mendekati ruku’, barulah orang yang terjangkiti was-was ini berhasil bertakbir, lalu mengejar ruku’ imam. Sungguh aneh, mengapa dia baru berhasil niat ketika itu! Semua ini terjadi kerana tipuan iblis yang menggodanya agar dia kehilangan keutamaan takbiratul ihram bersama imam.” (Talbis Iblis, hlm. 169).
2. Imam Asy Syafi’i mengingatkan, “Was-was ketika niat solat dan bersuci adalah bentuk kebodohan dengan syariat dan kurang akalnya.” (Al Qaulul Mubin fi Akhtha Mushallin, hlm. 93).
 
Untuk mengubati penyakit ini, yakinkan bahawa anda sudah niat, tidak perlu diulangi, dan baca takbiratul ihram sekali. Inilah yang diajarkan Rasulullah s.a.w., “Apabila kamu ingin shalat, wudhulah dengan sempurna, lalu menghadaplah ke arah kiblat, dan bertakbirlah” (HR. Bukhari).
Anda perhatikan, Rasulullah s.a.w. tidak mengajarkan bacaan apapun sebelum solat dan beliau hanya mengajarkan takbir sekali.
 
[3] Imam salah dalam membaca Al Fatihah
Ketika seseorang merasa tidak boleh baca Al Fatihah dengan baik, seharusnya dia tidak nekad untuk maju menjadi imam kerana ini mengancam keabsahan solat makmumnya.
Imam Syafi’i mengatakan, “Orang yang salah bacaan Al Fatihah-nya yang menyebabkan perubahan makna (pada ayat), menurutku solatnya tidak sah, tidak sah pula orang yang solat di belakangnya. Jika salah di selain Al Fatihah, aku membencinya, meskipun tidak wajib mengulangi. Kerana jika dia tinggalkan selain Al Fatihah dan hanya membaca Al Fatihah, saya berharap solatnya diterima. Jika solatnya sah maka soalat makmum juga sah insya Allah. Jika kesalahannya pada Al Fatihah atau lainnya, namun tidak mengubah makna, solatnya sah, namun saya benci dia jadi imam, apapun keadaannya.” (Al Umm, 1/215)
 
[4] Sedekap miring
Sebahagian orang bersedekap dengan meletakkan kedua tangan tepat di atas jantungnya, atau di atas organ hatinya. Tidak ada satupun yang memberikan dalilnya. Mereka berasa, solat dengan cara itu, hatinya atau jantungnya akan lebih tenang.
Kita semua sepakat, solat yang paling sempurna adalah solatnya Rasulullah s.a.w. Namun Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengajarkan bersedekap dengan cara demikian. Ertinya, itu bukan cara agar solat kita menjadi khusyu.
Masalah berikutnya, Rasulullah s.a.w. melarang solat seperti layaknya orang yang bercekak pinggang. Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, “Nabi Muhammad s.a.w. melarang seseorang solat sambil ikhtishar ” (HR. Bukhari).
Ikhtishar adalah meletakkan satu tangan di atas pinggang atau kedua tangan di atas kedua pinggang. (Sunan Turmudzi keterangan hadits no. 384). Sementara kita memahami, orang yang bersedekap miring, menyebabkan salah satu sikunya keluar jauh dari tubuhnya, layaknya orang yang bercekak pinggang.
 
[5] Tidak ruku’ atau i’tidal dengan sempurna
Dari Hudzaifah radhiyallahu ‘anhu, bahwa beliau pernah melihat ada orang yang tidak menyempurnakan ruku’ dan sujud ketika solat. Setelah selesai, ditegur oleh Hudzaifah, “Sudah berapa lama anda solat semacam ini?” Orang ini menjawab, “40 tahun”. Hudzaifah mengatakan, “Engkau tidak dihitung solat selama 40 tahun (karena solatnya batal)”. Lanjut Hudzaifah, “Jika kamu mati dan cara solatmu masih seperti ini, maka engkau mati bukan di atas fitrah (ajaran) Muhammad s.a.w.” (HR. Bukhari)
Hadits ini berbicara tentang orang yang tidak sempurna dalam melakukan gerakan rukun dalam solat. Misalnya, orang yang ruku’, sebelum posisi ruku’ sempurna, dia sudah bangkit. Atau orang yang belum sempurna berdiri i’tidal (tubuh masih condong ke depan), dia sudah sujud.
 
[6] Tidak menempelkan hidung ketika sujud
Nabi Muhammad s.a.w. mengingatkan agar orang yang sujud benar-benar menempelkan hidungnya ke lantai. Beliau bersabda, “Allah tidak menerima solat bagi orang yang tidak menempelkan hidungnya ke tanah, sebagaimana dia menempelkan dahinya ke tanah” (HR. Ibnu Abi Syaibah, ‘Abdurrazzaq, dan dinilai shahih oleh Al Albani). Hadits ini menunjukkan menempelkan hidung ketika sujud hukumnya wajib.
 
[7] Membuka tangan ketika salam
Salam ke kanan, membuka tangan kanan, salam ke kiri dengan membuka tangan kiri. Kebiasaan ini pernah dilakukan sebagian sahabat di zaman Rasulullah s.a.w.
Dari Jabir bin Samurah radhiyallahu ‘anhu, ”Ketika kami solat bersama Rasulullah s.a.w., kami mengucapkan ”Assalamu’alaikum wa rahmatullah - Assalamu alaikum wa rahmatullah” sambil berisyarat dengan kedua tangan ke samping masing-masing. Kemudian Rasulullah s.a.w. mengingatkan, ”Mengapa kalian mengangkat tangan kalian, seperti keledai yang suka lari? Kalian cukup letakkan tangan kalian di paha kemudian salam menoleh ke saudaranya yang di samping kanan dan kirinya (HR. Muslim)
 





 
 
 

 

Sunday, November 17, 2013

Cerpen : Izinkan Aku Mencintaimu (8)

“Apa? Habis tu mama terima?” Soal Ain.

“Mama belum bagi apa-apa kata putus lagi. Keputusan di tangan Ain. Ain fikirlah baik-baik. Tapi, apa yang mama nampak. Budak tu baik. Bersungguh dia nak jadikan Ain isteri dia.” Jelas puan Anita. Hatinya yakin, jika Ain menerima lelaki tersebut. Ain pasti bahagia.

“Bagi Ain masa mama.”

Puan Anita faham. Dia juga mahukan yang terbaik buat Ain. Tapi dalam masa yang sama, dia harus memberikan peluang pada Ain untuk membuat keputusan. Kebahagiaan Ain adalah kebahagiaannya juga bersama encik Kamarul, ayah kepada Ain.

Ain tidak tahu samada dia mahu menerima lamaran itu atau tidak. Tapi menurut orang tuanya, lelaki itu bukan sahaja elok pada paras wajahnya tapi juga elok dalam menjaga agamanya. Ciri-ciri itulah yang harus diutamakan bila mencari pasangan hidup.

Telefon Ain tiba-tiba berdering. Tertera nama Zara sebagai pemanggil.

Hakimi berhasrat untuk jadikan Ain sebagai isterinya! Itulah yang diceritakan oleh Zara. Sebenarnya Hakimi sudah menegah Zara untuk memberitahu Ain tentang hal itu. Tapi Zara terlalu teruja. Dia tidak sangka Hakimi boleh bertindak sedemikian rupa. Mungkin itulah bukti kesungguhannya pada Ain.

“Kau terima ajelah. Aku tahu Hakimi pernah buat salah. Tapi aku yakin Ain. Setiap apa yang berlaku tu, pasti ada hikmahnya. Mungkin kali ini Hakimi sudah benar-benar berubah. Kau kena bagi peluang pada dia.”

Ain menarik nafas panjang. Mungkin benar apa yang dikatakan oleh Zara. Cerita yang lalu telah pun berlalu. Manusia takkan pernah lari dari membuat kesilapan. Dia redha menerima segala ketentuan dari Allah.

Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Hati Ain berdebar-debar. Ain sudah pun menerima lamaran itu. Mama dan papanya lah orang yang paling gembira. Melihatkan mereka berdua, akhirnya Ain menerima bahawa itulah yang terbaik buat dirinya. Kegembiraan kedua orang tuanya lebih penting dari segala-galanya.

“Aku terima nikahnya Ain Azwani binti Kamarul …”

Ain terkejut. Itu bukan suara Hakimi Mukhriz. Hati Ain berdebar-debar.

“Ya Allah, kau tenangkanlah hatiku ini.” Ain berdoa dalam hati. Dia tidak dapat mengawal perasaannya kali ini.

Dan bila pengantin lelaki bangkit untuk menyarungkan cincin di jari pengantin perempuan, Ain terkejut. Dia hampir pengsan. Ikhwan! Apa dah jadi? Mana Hakimi?

Ain menghulurkan salam lalu mengucup tangan lelaki yang baru sahaja menjadi suaminya. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Air mata Ain merembes keluar. Apakah ini yang ditakdirkan buatnya? Benarkah Ikhwan suaminya dan bukan Hakimi?

Semuanya sudah selesai. Ain pula sudah berada di bilik lebih awal dari Ikhwan. Ain tidak tahu Ikhwan di mana. Mungkin masih sibuk melayan keluarga di bawah. Ain belum solat Isyak. Selesai mengambil wudhu, Ain membentangkan sejadah. Tiba-tiba pintu bilik dikuak. Ain terkejut bila melihat Ikhwan di pintu berbaju Melayu lengkap bersongkok.

Ikhwan melemparkan senyuman yang manis. Niatnya juga masuk ke bilik itu untuk mengajak Ain solat Isyak berjemaah dengannya.

“Boleh abang imamkan?”

Ain membalas dengan senyuman. Entah kenapa, tiba-tiba hatinya tenang bila melihat wajah Ikhwan.

“Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. Kau ampunkanlah segala dosa-dosaku dan dosa-dosa isteriku. Berikanlah kebahagiaan dalam rumahtangga kami. Kau bukakanlah pintu hati kami untuk mencintai satu sama lain. Kukuhkanlah kesetiaan kami. Kami memohon perlindungan dari Mu ya Allah. Amin …”

Mendengarkan setiap butir kata-kata yang keluar dari mulut Ikhwan membuatkan hati Ain menjadi sayu. Dia sedar kini. Hakimi hanyalah masa silamnya dan Ikhwan lah yang lebih layak menerima cintanya.

Ikhwan memalingkan badan. Dia menghulurkan tangan pada Ain. Ain menyambutnya. Dikecup tangan lelaki yang baru siang tadi menjadi suaminya. Ain menerima segalanya dengan redha. Antara dia dan Hakimi memang tiada jodoh. Dia sudah lama menerimanya. Tapi langsung tidak terlintas di fikirannya bahawa Ikhwan sudi memperisterikannya. Dia mengaku, sejak pertama kali melihat Ikhwan hatinya sudah terpaut. Cuma dia tidak mahu mengakuinya. Bagi Ain, dia hanya menantikan lelaki yang sah menjadi miliknya. Ternyata, Ikhwan lelaki tersebut. Dia tidak sangka begini hebat Allah merancang semuanya.

“Ain, terima kasih sebab sudi terima abang sebagai suami Ain.” Ain tunduk mendengar kata-kata Ikhwan.

“Abang bahagia sebab Allah makbulkan doa abang untuk jadikan Ain sebagai isteri. Abang jatuh cinta sejak pertama kali bertemu Ain. Tapi abang diamkan sebab abang tunggu waktu yang sesuai. Abang dah siap sedia kalau-kalau Ain tolak pinangan abang hari tu. Maaf tak bagitau Ain awal-awal. Ain …” Ikhwan menyentuh lembut pipi Ain. Ada air jernih yang mengalir.

“Kenapa menangis ni sayang? Ain tak terima abang ke?” Soal Ikhwan. Risau juga dia kalau-kalau Ain menerimanya secara terpaksa.

Ain memang tidak menyangka Ikhwan yang datang meminang kerana semuanya berlaku dalam sekelip mata. Yang Ain tahu, ada lamaran untuknya. Kemudian dia mendapat tahu dari Zara bahawa Hakimi ingin memperisterikannya. Ain sedar, lamaran yang diterima tempohari bukanlah kerana Hakimi. Tapi lebih kepada gerak hati dari Allah yang ringan untuk menerima lamaran tersebut. Ternyata, apa yang berlaku memang ada hikmahnya.

Ain menggeleng. “Ain tak sangka abang boleh pilih Ain. Berjuta wanita di dunia ni, Ain juga jadi pilihan abang kan. Terima kasih juga sebab sudi terima Ain untuk jadi isteri abang. Semua ni takkan berlaku kalau bukan kerana izin Allah.”

Lega hati Ikhwan bila mendengar kata-kata Ain. Lantas mata mereka bertentangan. Perlahan-lahan dia menyeka air mata di pipi Ain lalu mengucup lembut dahi isterinya dengan penuh kasih sayang. Tidak akan dipersiakan anugerah dari Allah yang satu ini. Senyuman penuh bahagia terukir di bibir mungil Ain.

Hakimi sudah jauh membawa diri. Selepas Ikhwan memberitahu bahawa dia ingin menyunting Ain menjadi isterinya, Hakimi tersentak! Rupa-rupanya Ikhwan sudah lama menyimpan perasaan terhadap Ain. Kini dia yakin akan kata-kata yang selalu didengarnya dari Ikhwan.

“Walau kita berusaha sekuat mana pun untuk dapatkannya, tapi ia bukan milik kita. Ianya tetap takkan menjadi milik kita. Dan walau kita tolak ke tepi macamana sekali pun, andai ia milik kita. Ianya tetap akan menjadi milik kita jua.”

Dia sudah berusaha mendapatkan Ain tapi takdir tidak menyebelahi mereka. Hakimi redha. Ain bukan miliknya. Tapi Ikhwan. Dan Ikhwan memang lebih layak menjaga Ain berbanding dirinya. Dia yakin itu. Banyak perkara lagi yang harus dilakukan Hakimi. Dia ingin berubah. Berubah agar dia lebih bersedia untuk menerima cinta yang akan datang.

“Hakimi, saya dah lama maafkan awak. Apa yang pernah terjadi antara kita, hanyalah ujian buat kita untuk mengenal siapa cinta sejati kita. Saya tahu awak boleh berubah. Tapi biarlah perubahan awak tu kerana Allah. Bukan kerana saya. Semoga Allah membuka pintu hati awak dan menghadiahkan seseorang yang lebih baik dari saya..”

#copypaste# 

Cerpen : Izinkan Aku Mencintaimu (7)

“Termenung jauh nampak.” Ikhwan mematikan lamunan Hakimi. Dia menarik kerusi di hadapan Hakimi.

“Eh tak adalah.” Hakimi menafikan.

Hakimi membuang pandangan jauh ke luar. Tenang sahaja dirasakan sama seperti bila dia melihat wajah Ain. Masih marahkah dia?

“Aku dah buat keputusan Ikhwan. Aku nak hantar rombongan masuk meminang!”

“Wah! Baguslah tu. Cepat-cepatlah kau hantar. Nanti dia kena kebas dengan orang lain baru padan muka.” Ikhwan berseloroh.

“Tu lah masalahnya. Aku risau dia tolak lamaran tu. Kan aku pernah kecewakan dia dulu.” Ujar Hakimi.

“Laa, ni nak melamar kekasih lama ke ni?” Soal Ikhwan untuk mendapatkan kepastian. Kerana selama ini tiada pun nama-nama perempuan yang meniti di bibirnya selain “kekasih lamanya” itu.

Hakimi mengangguk.

“Kau ni kan. Belum lagi cuba dah awal-awal mengalah. Kita kan ada Allah. Kau mohonlah pada Dia semoga pintu hati kekasih lama kau tu terbuka sikit untuk terima kau. InsyaAllah Kimi. Kalau kau berdua memang dah ditakdirkan untuk bersama, payah macamana sekalipun kau berdua tetap akan bersama. Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya.”

Hakimi nekad. Mungkin ini sajalah caranya.

Cerpen : Izinkan Aku Mencintaimu (6)

Ain melihat jam di tangan. Sudah hampir pukul 3.30 petang. Dia dan Zara sudah berjanji untuk berjumpa di kafe Indah. Katanya ada hal penting yang hendak diberitahu. Kelam kabut Ain dibuatnya bila Zara menelefon dan memberitahu dia sudah berada di kafe tersebut. Ain tidak mahu Zara menunggu lama.

Selepas berpusing-pusing mencari tempat letak kereta, akhirnya Ain jumpa juga walaupun agak jauh dari pintu masuk kompleks membeli-belah itu. Ain mempercepatkan langkah. Bila dia semakin hampir dengan pintu masuk, ada sebuah kereta yang berdekatan dengannya. Ain mengambil kesempatan itu untuk bercermin membetulkan tudung.

Selesai mengusai tudung, sempat Ain mengukirkan senyuman tanda puas hati tudungnya sudah kemas. Tanpa menyedari, rupa-rupanya Hakimi berada di dalam kereta tersebut. Melihatkan senyuman Ain, membuatkan dia rasa rindu. Dia akui, Ain semakin cantik dan comel. Dengan cara pemakaiannya yang serba menutupi, menyerlahkan lagi keayuannya.

Ain sudah pun berlalu pergi. Ingin saja dia mengejar Ain. Tapi mahukah Ain melihat wajahnya? Dia harus memberi Ain masa. Dia tidak mahu terburu-buru. Bimbang nanti kemarahan Ain pada dirinya bertambah-tambah pula.

“Assalamualaikum ...” Ain memberi salam.

“Waalaikumussalam.” Jawab Zara.

“Lama tunggu?”

“Taklah. Baru setengah jam aku dekat sini. Bukan lama pun.” Sindir Zara.

“Amboi, perli aku nampak.” Mereka sama-sama tertawa.

“Haa, ada apa kau ajak jumpa? Kata ada hal penting. Kenapa tak cakap dalam telefon aje?” Beria-ria benar Zara mengajaknya keluar. Padahal, boleh saja mereka bercerita melalui telefon.

“Cakap dalam telefon tak sama dengan cakap face to face. Actually, aku dah nak bertunang.”

Ain terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh Zara. Bagai tidak percaya dengan apa yang baru didengarnya.

“Hah? Serius?”Ain bertanya lagi untuk kepastian.

Zara mengangguk kegembiraan.

“Dengan siapa?” Ain teruja untuk tahu dengan siapa Zara bakal berkongsi hidup nanti.

“Azman ...” Zara menjawab ringkas.

“Azman? Azman yang sama?” Setahu Ain, hanya ada seorang lelaki yang bernama Azman dikenalinya. Azman dan Zara pernah menjadi pasangan kekasih dulu. Cuma kisah cinta mereka tak kekal lama. Selepas mereka putus, Azman terus menghilangkan diri.

“Ye Azman yang sama. Rupanya masa dia menghilang dulu, dia nak mendalami ilmu agama. Terkejut aku bila dia tiba-tiba muncul depan pintu rumah aku. Tak sangka dia nak merisik. Dan alhamdulillah, sekarang dia dah bersedia nak jadi suami aku yang sah. Patutlah hati aku ni susah nak terima orang lain. Dia kata lagi, perpisahan kami sentiasa menjadi motivasi pada dia untuk terus memperbaiki diri.” Zara bercerita.

“Syukurlah Zara. Ada hikmahnya perpisahan korang dulu kan?”

“InsyaAllah kalau Azman jodoh aku, aku akan terima dia seadanya. Ain, aku yakin. Apa yang pernah jadi pada kau, mesti ada hikmahnya juga. Kau dengan Hakimi macamana sekarang?”

“Aku dengan Hakimi...” Belum sempat Ain menghabiskan kata-katanya, matanya tertumpu pada seseorang. Hakimi! “Macamana dia boleh ada dekat sini?” Soal Ain dalam hati.

Hakimi tersenyum sambil berjalan ke arah mereka. Zara menoleh untuk melihat apa yang membuatkan perhatian Ain beralih daripadanya. Terkejut juga dia melihat Hakimi. “Haa, tu jodoh kau dah sampai.” Usik Zara dengan nada separuh berbisik. Ain menarik muka masam tanda tidak senang dengan gurauan Zara.

“Assalamualaikum.” Hakimi memberi salam sambil menarik kerusi dan duduk di sebelah Zara.

“Waalaikumussalam.” Jawab Ain dan Zara serentak.

“Ain, tenangkan diri kau. Kawal perasaan dan jangan nak naik angin tak tentu pasal.” Bisik Ain dalam hatinya. Dia senyum.

“Eh, kenapa senyum-senyum ni Ain? Suka saya ada dekat sini eh?” Kata Hakimi.

Ain terkejut. Dia tidak menyangka Hakimi boleh perasan dia tersenyum.

“Baru nak tenangkan diri. Dah mula nak uji kesabaran aku.” Ngomel Ain dalam hati.

“Awak cakap sesuatu ke Ain?” Soal Hakimi.

Ain hanya menggeleng. Tak senang duduk Ain dibuatnya. Zara hanya memerhatikan mereka sambil tersenyum. Mungkin benar Hakimi sudah berubah. Bersungguh-sungguh dia cuba dekati Ain walaupun dia tahu mungkin Ain tidak menyenangi kehadirannya di situ.

“Saya nak pergi toilet dulu.” Tiba-tiba Ain bersuara.

“Yang kau ni apa hal tiba-tiba datang sini?” Zara menyoal.

“Aku nak jumpa kawan aku. Tapi tak sangka pula boleh terserempak dengan korang dekat sini. Kau ni pun satu. Kan aku dah kata. Kalau kau nak jumpa Ain, bagitau aku. Kawan tak boleh haraplah kau ni Zara.” Bebel Hakimi.

“Amboi, amboi. Sedapnya mulut kau cakap. Manalah aku ingat Hakimi oi. Yang kau ni, sampai bila kau nak kejar si Ain tu?” Zara bukan mahu mematahkan semangat Hakimi, tapi Zara sendiri boleh merasakan hati Ain sudah terlalu keras untuk menerima Hakimi. Entahlah. Dia sendiri tidak dapat meneka apa yang ada dalam hati sahabatnya itu.

“Sampai akhir hayat aku. Aku sayangkan dia Zara. Dia cinta pertama aku dan akan jadi cinta terakhir aku. Susah aku nak cari pengganti dia.” Luah Hakimi.

Terharu Zara mendengarnya. Alangkah baiknya jika Ain yang mendengar semua ini. Hakimi sudah berubah. Sudah tiada kah peluang untuk Hakimi?

“Amboi korang. Rancaknya mengumpat pasal aku sampai aku datang pun tak sedar ye. Haa Hakimi.  Zara ni janganlah dikacau. Dia ni bakal jadi isteri orang.” Ain memberi peringatan. Bukan dia tidak tahu tentang Hakimi Mukhriz. Playboy! Kalau boleh, semua perempuan yang ada di dunia ni dia nak.

“Seriously Zara?” Hakimi bertanya.

“Kenapa? Kau ingat aku ni tak laku ke?” Soal Zara dengan nada marah.

Hakimi ketawa.

“By the way, congratulation. So, kalau Zara aku tak boleh kacau. Mean, Ain Azwani bolehlah kan? Single and available. Same like me.”

Terjengil mata Ain bila Hakimi menyebut namanya. Seronok benar Hakimi mengusiknya hari ini. Tiba-tiba telefon bimbit Hakimi berbunyi.

“Waalaikumussalam. Sorry lah. Penat aku tunggu kau dalam kereta tadi. Aku pun  keluarlah jalan-jalan.”

Ain dan Zara hanya diam mendengar perbualan Hakimi dengan seseorang melalui telefon.

“Aku dekat kafe Indah ni jumpa kawan-kawan lama. Okey aku tunggu kau dekat sini. Assalamualaikum.” Panggilan dimatikan.

“Maaf. Kawan call.”  Kata Hakimi.

“Kawan ke girlfriend?” Sindir Ain sambil pura-pura menghirup minuman di hadapannya.

“Aik, kalau girlfriend pun kenapa? Jealous ke cik Ain Azwani?” Hakimi kembali mengusik.

Hampir tersembur air yang baru diteguk Ain.

“Eh, tak ada maknanya saya nak jealous encik Hakimi Mukhriz. Saya pun bakal bertunang tak lama lagi. Jadi, tak ada sebab saya nak cemburu.” Sakit hati Ain bila Hakimi mengusiknya begitu.

Hakimi tahu Ain tidak bercakap benar. Ain cuma sakit hati bila Hakimi menuduhnya cemburu.

“Kalau macam tu, nanti  jangan lupa jemput saya ye. Teringin juga nak tengok siapa yang dapat tackle buah hati saya ni.” Hakimi tersenyum nakal. Suka dia melihat Ain bila dalam keadaan marah. Comel!

Ikhwan tercari-cari kelibat Hakimi. Katanya menunggu di kafe Indah tapi batang hidungnya pun tidak kelihatan. Sedang matanya liar mencari Hakimi, Ikhwan menangkap satu wajah dari dalam kafe Indah itu. Ain! Ikhwan tersenyum. Tak sangka Allah mempertemukan mereka lagi.

“Laa, dekat sini rupanya kau Hakimi.” Ikhwan menepuk bahu Hakimi dari belakang kerana dia kenal benar cara Hakimi berpakaian.

“Eh, abang.” Zara menoleh ke belakang dan dia terkejut bila melihat abangnya berada di situ. Zara mencium tangan Ikhwan.

“Kau kenal Ikhwan ke Zara?” Soal Hakimi bila dia mendengar Zara memanggil Ikhwan dengan panggilan abang.

“Kau ni pekak ke? Dah si Zara ni panggil aku abang. Sah-sah lah kami kenal.” Ikhwan menyampuk.

“Amboi sedap bahasa panggil aku pekak. Aku saja nak kepastian. Kot-kot kau ni abang sayang dia ke kan.” Hakimi berseloroh. Susah betul Ikhwan dibawa bergurau. Sempat juga dia menjeling ke arah Ain.

Ain perasan Hakimi sedang melihat ke arahnya. Tapi dia pura-pura tidak tahu. Disedut baki minuman yang ada. Ikhwan pula curi-curi memandang Ain. Hatinya sejuk bila melihat ketenangan yang ada di wajah Ain. Dia merasakan seolah-olah pencariannya sudah tamat. Jika selama ini dia masih mencari-cari, kini dia merasakan bahawa apa yang dicarinya sudah pun ditemui.

Tapi Ikhwan tidak mahu terburu-buru. Dia yakin pada ketentuan Allah. Andai benar Ain diciptakan untuk dia, walau ditolak dengan apa cara sekalipun mereka pasti akan tetap bersama.

Ain tidak sengaja terpandang Ikhwan. Pandangan mereka bertemu. Ikhwan mengusik Ain dengan mengenyit mata padanya. Cepat-cepat Ain melarikan pandangan. Dia mula tidak selesa dengan keadaan mereka sekarang. Ikutkan hati, mahu saja dia pergi dari tempat itu.

Di sebelah sana Hakimi, di sebelah sini pula Ikhwan. Ain tahu Hakimi sudah mulai berubah. Entahlah. Ain tidak dapat memastikan kerana sejujurnya hatinya masih meragui Hakimi. Sudah lama dia memaafkan Hakimi kerana dia juga tidak sanggup menahan beban membenci. Malahan dia bersyukur. Andai saja dia tidak dipertemukan dengan Hakimi, dia pasti tidak akan menjadi Ain yang sekarang.

“Kadangkala takdir kita hanya setakat dapat bertemu dan kenal, tapi bukan berjodoh. Jadi, redha dan pasrah. Lepaskan saja dari hati. Kita tidak sedar hati jadi lemah dan sakit sepanjang kita bercinta tanpa ikatan yang halal. Maka, kembalilah bertaubat dan meraih cinta-Nya.”

Cerpen : Izinkan Aku Mencintaimu (5)

Sudah masuk tiga hari Hakimi menyepi. Tiada panggilan mahu pun pesanan. Putus asa sudahkah dia? Entahlah. Ain malas hendak memikirkannya. Tapi entah kenapa bila Hakimi menyepi, Ain pula tercari-cari.

Di sebelah sana, Hakimi sedang duduk di atas sofa menonton televisyen. Tapi tiada satu siaran pun yang menarik perhatiannya. Fikirannya melayang hanya teringatkan Ain. Ikutkan hati, ingin saja dibawa lari anak orang itu. Tapi dia masih waras. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang tidak disukai Ain.

“Masih ingatkan kekasih lama lah tu.” Tiba-tiba Ikhwan datang menghampirinya.

“Nah!” Ikhwan menghulurkan mug berisi teh 3 in 1 yang baru dibelinya kelmarin.

“Thanks. Aku pun tak tahu lah Wan. Susah betul nak lupakan dia.” Luah Hakimi.

“Dah lah. Jangan difikirkan sangat masalah tu. Ingat, kita ada Allah. Mohonlah pada dia semoga ada jalan terbaik untuk kau berdua. Ni dah solat Asar belum ni?” Ikhwan menyoal bila matanya terlihat pada jam di dinding.

Hakimi menggeleng tanpa bersuara.

“Ni aku tak suka ni. Ingat kekasih boleh pula. Ish, kau ni. Macamana nak jaga anak dara orang kalau diri sendiri pun tak boleh nak jaga. Dah nak habis waktu ni. Pergi solat dulu.” Perintah Ikhwan berlagak seperti seorang bapa.

Dengan langkah yang longlai, Hakimi bangun dari sofa dan terus menuju ke bilik air untuk  mengambil wudhuk. Malas dia membantah. Kalau tidak, pasti  dia akan mendengar  ceramah percuma dari Ikhwan. Ikhwan memang pantang bila soal solat dilengah-lengahkan.

Selepas Hakimi hilang dari pandangan, tiba-tiba Ikhwan tersenyum sendiri. Dia teringat peristiwa di kompleks membeli-belah hari itu. Masih segar di wajahnya bila dia sengaja mahu mengusik kawan Zara dengan menghulurkan salam dan dapat dilihat air muka gadis itu berubah.

“Comel!” Tanpa disedari perkataan itu terkeluar dari mulutnya. Cepat-cepat dia melihat keadaan sekeliling bimbang ada orang lain yang mendengarnya. Bila dilihat tiada siapa-siapa, dia menarik nafas lega.

Suka dia mengusik gadis itu. Tiba-tiba baru Ikhwan teringat. Dia tidak tahu pun siapa namanya. “Aduhhh..” Keluhnya. Hendak ditanyakan pada Zara, malu pula. Nanti apa kata Zara. Tidak ditanya, dia pula yang tertanya sendiri nanti. Ah! Pedulilah.

Ikhwan menggapai telefon bimbitnya di atas meja. Selepas beberapa minit bercakap-cakap di telefon, Ikhwan mengukirkan senyuman. “Ain Azwani ..”

Cerpen : Izinkan Aku Mencintaimu (4)

Ain cuba mencari kelibat Zara. Tapi tidak kelihatan. Mereka sudah berjanji untuk berjumpa di kompleks membeli-belah.

“Oi mak cik...”

Terkejut Ain bila ada seseorang yang menyapa bahunya dari belakang.

“Ya Allah Zara. Kot ye pun bagilah salam. Main sergah aje. Terkejut aku tau tak. Kalau kena heart attack macamana? Aku belum kahwin lagi tau.” Ngomel Ain.

Zara hanya tersenyum. “Aik, dah terima Hakimi ke tiba-tiba cakap pasal kahwin ni?” Zara mengusik.

“Ehemmm ...” Belum sempat Ain membuka mulut, kedengaran suara seseorang sedang berdehem dari belakang Ain. Dia menoleh.

Zara terlupa tentang Ikhwan.

“E'eh. Aku lupa. Ini abang aku, Ikhwan.” Zara memperkenalkan.

“Handsome!” Bisik Ain nakal dalam hati.

“Hi.” Ucap Ikhwan sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Ain.

Ain terkejut. Tapi dia cuba untuk tidak menunjukkan reaksi wajah terkejutnya itu. Ain hanya membuat isyarat untuk tidak bersalaman.

Zara juga terkejut dengan perlakuan Ikhwan. Tidak pernah dia melihat Ikhwan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan mana-mana perempuan. Buang tabiatkah dia?

“Nice to meet you. But sorry girls. I need to go. See you later okay.”

Sekejap sahaja Ikhwan sudah hilang dari pandangan.

“Abang kau tu baru balik dari oversea ke Zara? Bukan main speaking lagi. Siap hulur tangan bagai lagi.” Tanya Ain. Bukan apa. Takkan dia tak tahu batas dia dengan seorang perempuan dewasa yang tak ada ikatan sah dengan dia? Tak bagi salam pula tu bila nak pergi.

“Ish, taklah Ain. Dia datang hantar aku je. Sebelum ni dia kerja dekat Sabah. Tu pun baru aje dia balik dua hari lepas. Kebetulan pula tadi dia memang nak datang sini beli barang katanya. So, aku join sekali lah. Lagipun kereta aku tidur dekat bengkel. Tapi kan Ain, aku pun pelik juga dengan perangai dia hari ni. Semacam aje. Sorry lah dengan perbuatan dia tadi tu eh.”  Zara memohon maaf. Dia sendiri tidak  tahu apa yang merasuk abangnya tadi sehingga berkelakuan lain dari yang biasa.

“Takpelah. Lain kali dia buat lagi, aku direct sound dia. Biar padan muka. Jom kita gerak. Aku dah lapar ni.”

Thursday, October 31, 2013

Cerpen : Izinkan Aku Mencintaimu (3)


Untuk kesekian kalinya, Hakimi membuka kembali folder yang mengandungi gambar-gambar Ain. Sudah lama gambar-gambar itu berada dalam simpanan. Tapi jarang sekali dia membukanya. Terlalu sibuk mencari kebahagiaan bersama perempuan lain.

Selama dia mengenali Ain, ternyata Ain banyak bersabar dengan perangainya. Memang Ain lurus. Tapi itu bukan salahnya. Dia hanya mahu mempertahankan cintanya. Kasih Ain padanya terlalu jujur dan telus. Ain yang dulu, tetap mempertahankan cintanya walau Hakimi seringkali melakukan kesilapan.

“Arghhhhh!!” Hakimi menjerit. Dia marah pada dirinya. Ain sudah tidak seperti dulu yang mudah dipujuk dengan kata-kata cinta. Ain kini lebih tegas. Benarkah perasaan Ain untuknya sudah dipadam?

Dilihat satu persatu gambar Ain yang dulu. Sungguh dia merindukannya.

Telefon bimbit Ain tiba-tiba berbunyi. Tiada nombor yang tertera. Bermakna nombor baru. Hakimi kah? Hati Ain berbelah bagi. Antara menjawab panggilan tersebut atau tidak. Kalau itu panggilan penting bagaimana?

Telefon Ain berhenti berdering. Belum sempat dia menarik nafas lega, tiba-tiba ianya berdering kembali. Ain mengalah. Diangkat panggilan.

Ain berdiam menanti si pemanggil bersuara.

“Assalamualaikum ...”

Sah! Hakimi adalah pemanggilnya.

“Waalaikumussalam.” Jawab Ain ringkas. Entah apa lagi yang dimahukan lelaki ini.

“Ini saya Hakimi.”

“Ye, saya tau. Mana awak dapat nombor saya ni?” Ain pura-pura bertanya walaupun sebenarnya dia boleh agak daripada siapa.

“Zara.” Hakimi menjawab.

Betul tekaan Ain. Tapi dia tidak menyalahkan Zara. Dia sedia maklum dengan perangai Hakimi yang suka mendesak.

“Ohh. Habis tu, kenapa cari saya? Ada hal penting ke?”

“Tak ada apa..”

Tiba-tiba Ain mencelah. “Dah kalau tak ada apa-apa, boleh saya letakkan panggilan? Saya sibuk ni.” Malas betul dia hendak melayan Hakimi. Baginya, sudah tidak ada apa-apa lagi yang perlu diperjelaskan. Malahan, dia tidak mahu mendengar apa-apa lagi dari Hakimi. Hatinya sudah keras.

“Ain, nantilah dulu. Banyak yang saya nak cakap. Awak dengarlah saya..”  Pinta Hakimi.

“Awak tak faham ke Hakimi? Saya rayu dengan awak. Tolong jangan kacau hidup saya lagi. Saya dah penatlah. Awak nak saya buat apa supaya awak tak ganggu saya?” Ain sudah buntu. Hakimi masih juga tidak berhenti mengganggunya.

“Satu soalan saya Ain. Betul ke awak dah tak sayangkan saya? Betul ke cinta awak untuk saya dah hilang?”

Ain terdiam. Entah kenapa dia tiba-tiba hilang kata-kata.

“Jawablah saya Ain.” Desak Hakimi bila Ain tidak memberikan jawapan untuk soalannya.

“Untuk apa saya jawab soalan yang awak dah tahu jawapannya?”
 
(bersambung)

Cerpen : Izinkan Aku Mencintaimu (2)

Ain menangis teresak-esak. Sakit hatinya. Betul apa yang dikatakan Zara. Hakimi sedang berbahagia di sana. Buktinya, mereka menjadikan gambar mereka berdua yang sedang berkepit sebagai gambar profil di akaun facebook masing-masing. Selama ini Ain sengaja blok mereka di dalam facebook. Ain takut untuk menanggung sakit di hati. Tapi, dalam masa yang sama. Hatinya meronta-ronta untuk melihat apa benar yang dikatakan Zara petang tadi. Dan ternyata benar. Hakimi Mukhriz sudah membuang dia jauh dari kehidupannya. Jadi, untuk apa lagi dia menanti orang yang sudah pasti takkan pernah menjadi miliknya?

Mulai malam itu, Ain nekad. Hakimi Mukhriz harus dibuang dari ingatan. Tiada sebab dia harus menantinya lagi. Sayangnya pada Hakimi kini sudah bertukar benci. Benci pada lelaki yang suka mempermainkan hati. Hakimi tidak layak mempersendakan cintanya.

Dari hari berganti minggu. Ain sudah dapat menerima hakikat bahawa antara dia dan Hakimi tiada jodoh untuk bersama. Perlahan-lahan dia melepaskan rasa benci yang suatu ketika dulu pernah menebal dalam hatinya. Untuk apa dipaksa cinta yang takkan pernah menjadi miliknya?

Ain menyedari banyak perkara. Selama ini, dia terlalu mengejar cinta manusia tanpa menyedari cintanya pada Allah telah lama diabaikan. Ingatannya pada Hakimi melebihi dari ingatannya pada Allah S.W.T. Ain menangis dalam sujudnya. Terlalu hina diri dirasakan. Sudah terlalu banyak dosa yang dilakukan. Ain pernah tersilap langkah. Tapi Allah tidak membiarkannya bersendirian.

Bersungguh-sungguh Ain menadah tangan memohon keampunan dari-Nya. Masa-masa yang ada diluangkan dengan menghabiskan membaca buku-buku agama. Mendengar alunan kalimah Allah. Menjadikan al-Quran teman yang setia. Semua itu dilakukan demi mencari ketenangan. Dan dia bersyukur kerana kekosongan yang dia rasakan selama ini semakin terisi. Tiap kali hatinya dibelenggu resah, dia lebih banyak mengingati Allah.

Sudah lama Ain menyepi. Semalam dia menelefon Zara. Dia merindukan sahabat karibnya itu. Mereka berjanji untuk berjumpa hari ini. Hati Ain berdebar-debar. Entah kenapa dia berasa gelisah.

Ain memarkir kereta. Zara belum lagi menghubunginya. Batang hidung Zara juga masih belum kelihatan. Tanpa disedari, ada sepasang mata yang melihat Ain dari jauh. Cuma, empunya mata itu belum berani untuk munculkan diri. Belum lagi masanya. Tapi sungguh. Hatinya terpaut melihat Ain. Walau hanya berbaju kurung, terserlah keayuan yang dimiliki. Hatinya kembali bergetar.

Ain hanya berdiri di sisi keretanya. Tiba-tiba datang sebuah kereta Viva memarkir di sebelah kereta Ain. Belum sampai beberapa minit, empunya kereta keluar.

“Ain …” Zara memanggil.

“Zara ...”

“Ya Allah. Ni bidadari baru turun dari kayangan ke? Cantiknya kawan aku ni. Dah lama kita tak jumpa, aku rindu kau tahu.”

Mereka berbalas pelukan.

“Memandai aje kau. Aku pun rindukan kau Zara. Aku ada je. Kau tu yang sibuk sangat sampai aku ni pun kau lupakan.” Kata Ain dengan nada merajuk.

“Amboi.. Kawan aku sorang ni dah pandai touching touching pula.” Zara bergurau. Mereka sama-sama ketawa. Ain sudah banyak berubah. Ain yang sekarang sudah jauh berbeza berbanding Ain yang dulu. Sejuk matanya melihat Ain berpakaian lengkap seorang muslimah. Tudung labuh yang disarungkan, membuatkan Ain nampak berbeza. Cantik!

“Kau dah banyak berubah Ain.” Zara mengukirkan satu senyuman yang penuh makna. Ain bijak mengambil langkah selepas apa yang pernah terjadi padanya. Dia bangga dengan Ain.

“Alhamdulillah. Allah masih sayangkan aku. Dia tak biarkan aku bersendirian. Dia buka pintu hati aku Zara. Selama ni, aku dah terlalu jauh tersasar dari jalan-Nya. Hidup aku tak tenang. Tapi sekarang, aku bahagia. Dia ambil Hakimi dari aku. Tapi digantikan dengan kebahagiaan yang tak pernah aku rasakan selama ni.” Ain menyeka air mata yang mula berlinangan.

Zara tersentuh mendengar kata-kata Ain. Semuanya kerana cinta. Kerana cinta, Ain pernah terleka. Kerana cinta, Ain lupa. Tapi kerana cinta, kini dia meraih bahagia. Semoga Allah akan terus memberkati sahabat baiknya.

“Err .. Hakimi ada cari kau tak?” Tiba-tiba Zara bertanya.

“Hmm .. Pernah juga dia call aku beberapa kali. Tapi aku tak pernah layan. Ish, malas aku nak ingat pasal dia. Kenapa kau tanya?”

“Mungkin sebab tu lah dia cari aku. Dia cari kau Ain.”

Ain mengerutkan keningnya. “Buat apa dia nak cari aku lagi?” Tegas suara Ain.

“Ain Azwani …” Tiba-tiba kedengaran satu suara dari belakang Ain. Dia menoleh dan alangkah terkejutnya dia bila melihat Hakimi berada di hadapannya.

“Hakimi …”

Bagai tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Satu persatu soalan muncul di fikirannya. Dia menjatuhkan pandangan ke arah Zara meminta penjelasan.

“Maafkan aku Ain. Hakimi beria-ia nak jumpa kau.”

Belum habis Zara menghabiskan kata-katanya, Hakimi pula mencelah.

“Jangan salahkan dia Ain. Saya yang paksa Zara. Saya nak jumpa awak. Banyak yang saya nak cakap. Bagi saya lima minit. Please Ain .. Listen to me.” Hakimi merayu.

Ain memandang Zara.

"Tak apa. Zara, you can stay here." Kata Hakimi seolah-olah memahami pandangan Ain pada Zara. Dia faham. Ain pasti tidak mahu ditinggalkan berdua-duaan dengannya. Dia mengerti dan dia tidak kisah jika Zara ada bersama mereka.

“Listen for what Hakimi Mukhriz? Past is past. Saya dah lama maafkan awak. Saya dah bahagia sekarang. Untuk apa lagi awak cari saya?” Dia cuba bersikap tenang. Baginya, sudah tidak ada apa-apa lagi penjelasan yang dia perlu dengar dari Hakimi. Ain tidak mahu mengenangkan kisah lalu lagi.

“Bagi saya peluang untuk tebus kesalahan saya Ain. Saya tahu saya yang salah. Tapi saya dah sedar sekarang. Maafkanlah saya.”

“Peluang apa yang awak maksudkan Hakimi? Kesalahan apa yang awak nak tebus? Dahlah. Tolong jangan ungkit kisah lama boleh tak?” Ain meninggikan suara. Dia tahu perasaannya mula berkecamuk. Tiba-tiba kenangan lalu menerjah kembali kotak memorinya.

“Saya tak nak kehilangan awak Ain Azwani. Awak cinta pertama saya.”

Ain memejam rapat matanya. Air mata yang dari tadi bertakung, jatuh jua akhirnya.

“Enough Hakimi Mukhriz! Lima minit yang awak minta dah habis. Saya dah lama maafkan awak. Dan saya dah lupakan semuanya. So, please. Jangan cari saya lagi.” Ain pantas menarik tangan Zara dan membiarkan Hakimi terkontang-kanting tinggal bersendirian.

“Ain, Ain ...!” Panggilan Hakimi tidak diendahkan. Mereka terus berlalu meninggalkannya.

Zara memberi cadangan untuk singgah di sebuah warung berdekatan. Ain perlu menenangkan diri.

“Ain, kau okey tak?” Zara bertanya kerana sepanjang dalam perjalanan, Ain hanya berdiam diri. Risau juga dia kalau Ain marah.

“Aku okey. Kau jangan risau.” Ain memberitahu. Dia tidak mahu Zara risau. Dia hanya mahu tenangkan diri. Pertemuannya dengan Hakimi memang mengejutkan. Dia tidak sangka boleh bersua lagi dengan Hakimi.

“Ain, maafkan aku. Kalau bukan sebab aku, mesti semua ni tak jadi.” Zara menyalahkan diri.

“Takpe Zara. Benda dah berlaku. Tapi, macamana si Hakimi boleh ada dekat situ?”

Zara mengimbau peristiwa kelmarin.

“Kau tolonglah aku Zara. Aku nak jumpa Ain.” Rayu Hakimi.

“Buat apa kau nak jumpa dia Hakimi? Nak sakitkan hati dia? Eh, sudah-sudahlah tu Hakimi. Boleh tak kalau kau jangan ganggu hidup dia lagi? Dia dah move on pun. Aku pantang betul dengan lelaki yang suka mainkan hati perempuan ni.” Marah betul Zara bila Hakimi cuba mencari Zara kembali. Dia tahu Ain baru sahaja pulih dari kelukaan. Dia tidak mahu gara-gara Hakimi, luka lama di hati Ain berdarah kembali.

“Aku mengaku aku salah. Tapi bagilah peluang pada aku Zara. Aku dah sedar sekarang. Ain terlalu bermakna dalam hidup aku.”

“Senangnya kau cakap. Habis tu si Atiqah kekasih tercinta kau tu macamana? Takkan dah putus juga kot?” Sindir Zara. Kerana gadis bernama Atiqah itulah Hakimi tinggalkan Ain. Zara sudah sedia maklum bahawa Hakimi memang pernah berlaku curang dengan Ain. Bukan sekali dua. Tapi berkali. Setiap kali Hakimi ketahuan curang, setiap kali itu jugalah dia akan kembali mencari Ain. Dengan Atiqah ini berbeza pula. Hakimi lebih memilih untuk bersama Atiqah. Dan Ain ditinggalkan begitu saja.

“Aku dengan Atiqah dah berpisah. Panjang ceritanya. Entahlah. Aku malas nak ingat. Tak ada jodoh. Please Zara. At least bagi peluang pada aku untuk minta maaf dengan dia. Ain terlalu bermakna untuk aku Zara.” Hakimi nekad. Dia mahu berjumpa Ain. Kesalahan yang lalu perlu ditebus semula. Ain sudah banyak menderita kerananya.

Zara tidak tahu apa dia harus membenarkan Hakimi berjumpa Ain atau tidak. Tapi melihatkan Hakimi, dia tahu Hakimi jujur. Mungkin dia patut memberi peluang pada Hakimi. Selebihnya, terpulang pada Ain untuk membuat keputusan.

“Jadi, Hakimi memang  ada dekat situ sebelum aku datanglah ye?” Soal Ain selepas mendengar cerita Ain.

Zara hanya mengangguk. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Hakimi.

“Siapa? Hakimi?” Teka Ain bila dia melihat Zara tidak mengangkat panggilan tersebut.

“Zara, kalau kau sayangkan aku. Please. Jauhkan Hakimi dari aku. Cukup-cukuplah dengan apa yang dah jadi. Kau suruhlah dia lupakan aku macamana aku lupakan dia. Antara aku dengan dia memang tak ada jodoh.”

(bersambung)

Cerpen : Izinkan Aku Mencintaimu (1)

“Jangan cintakan orang yang tidak cintakan Allah, kerana jika mereka boleh tinggalkan Allah, mereka juga boleh tinggalkan kita.”

Ain memandang telefon bimbitnya. Tiada panggilan mahupun pesanan. Mungkin Hakimi sudah berjaya melupakannya dan sedang berbahagia dengan Atiqah. Argh! Kenapa dia masih mahu memikirkan lelaki itu sedangkan Hakimi langsung tidak mengendahkannya. Kenapa hati ini masih degil mengharapkan lelaki itu?

“Dahlah Ain. Tak payahlah kau ingatkan lagi si Hakimi tu. Aku pun naik menyampah tengok gambar dorang yang berkepit dalam facebook tu kau tahu? Meluat betul aku tengok muka si Hakimi. Ikutkan hati aku ni, nak je aku sepak-sepak si Hakimi Mukhriz tu. Eee!” Marah benar Zara dengan lelaki bernama Hakimi itu. Bagi Zara, Ain terlalu berlembut dengan Hakimi. Dia sendiri tidak faham. Biarpun sudah berkali ditipu Hakimi, masih saja Ain memaafkan lelaki yang berlidah cabang itu.

Dengan tidak semena-mena, hati Ain berdegup dengan pantas bila Zara tiba-tiba bercakap mengenai gambar. Air mukanya mula berubah.

“Gambar?” Ain menyoal.

“Ye gambar dorang. Kau tak nampak ke?” Zara menyoal kembali.

Ain hanya menggeleng. “Aku block dorang. Aku benci.” Ujar Ain berterus terang. Dia tidak tahu dia harus membenci siapa. Hakimi atau Atiqah. Mungkin kedua-duanya sekali. Atau dia sendiri yang bersalah kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa Hakimi lebih memilih Atiqah.

“Kau tak faham Zara. Hakimi cinta pertama aku. Kenangan antara kami yang membuatkan aku susah untuk buang dia dari hidup aku.”

“Kenangan apa Ain? Yang aku nampak, kau ni dah jadi hamba kepada cinta. Sanggup biarkan diri disakiti berkali-kali. Ini ke cinta yang kau maksudkan? Kalau cinta, sepatutnya saling memahami. Bukan menyakiti.” Zara mahu membantu sahabatnya. Dia tidak sanggup melihat Ain terus-terusan mengharapkan cinta yang sia-sia.

“Hakimi kata dia masih sayangkan aku.”

“Apa kau kata? Sayang? Kalau sayang, Atiqah tu macamana? Itupun sayang kan? Habis tu, kalau si Hakimi tu ada 3 orang perempuan lagi yang sayangkan dia. Kau masih harapkan dia juga ke? Kenapa kau nak bodohkan diri kau demi dia Ain. Dah sampai masanya kau kena move on.”

“Ada beza antara pengorbanan dan kebodohan Ain. Kau fikirkanlah.” Sambung Zara

(bersambung)

MANUSIA, MALAIKAT DAN SYAITAN...

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz

Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh­? suruh si X punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah

Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah­..(kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh­ !

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patut ke aku biarkan article ini tetap di sini saja??
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkan­ lah !
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2 ..biar je disini..kalau, boleh delete je..bukan mereka nak baca pon..

DI SAAT KEHILANGAN

Di saat hati benar-benar terbuka untuk sesuatu...
Di saat itu juga kehilangan di rasai...

Bukan niat tidak mahu menghalang...
Namun apa yang terjadi begitu sukar untuk di tafsirkan...
Bukan kerana marah atau kecewa...
Tapi kerana kalah dan pasrah...

Kadangkala hati tertanya-tanya mengapa semua ini berlaku...
Apa yang telah hilang seolah-olah telah merampas semua kegembiraan yang ada pada diri...
Dan yang paling penting, kehilangan itu telah membawa pergi senyuman yang selalu di ukirkan di bibir ini...


Sunday, October 13, 2013

MENCARI KEBAHAGIAAN BIARLAH DENGAN CARA YANG BETUL....

"Suhana, kau pernah minat pada seorang lelaki tak?" tanya kawan saya ketika kami sedang duduk berehat.

"Pernah lah," jawab saya. Agak segan kerana soalan sensitif yang dilontar oleh kawan.

"Kalau kau suka, kau akan buat apa?"

"Aku akan berdoa dalam hati, Allah, aku suka akan dia, jika dia adalah jodohku, maka dekatkanlah dia untukku, jika bukan maka berikanlah yang lebih baik dari itu," jawab saya.

"Oh..." terdiam seketika kawan saya itu.

Benar, setiap orang pasti pernah jatuh cinta. 
Namun bagi yang menjaga iman dan diri, pasti dipendamkan dahulu, cuba berusaha dengan cara yang betul untuk meraih cinta tersebut. 
Berusaha untuk tidak mencemari diri dari melakukan perkara-perkara yang mampu mencalarkan maruah diri dan sebagainya.
Jangan jadi manusia terhegeh-hegeh dan terlalu menguja.

Wanita fitrahnya adalah seperti daun semalu, yang berduri dan bila disentuh tertutup malu.
Seperti bunga mawar yang indah namun penuh berduri tajam.
Jangan dihilangkan fitrah itu, kerana cinta anda sanggup mengejar sesuatu yang pasti bukan kepunyaan anda.
Seringkali kerisauan mengenai jodoh menjadi pendorong kepada berlakunya ikatan kemanusiaan jantina yang berbeza yang tiada nilai di sisi agama - bercouple tanpa sah!

Atas alasan takut diri tidak laku, maka jika sesiapa lelaki yang menghulur cinta maka terus diterima tanpa berfikir dengan akal yang waras.
Maka ketetapan Allah mengenai jodoh tidak dipeduli kerana kerisauan yang sering menghantui diri.

Sudah dibilang pelihara diri anda, maka peliharalah kerana itu bukan sesuatu yang merugikan.
Namun, jika diri sudah terperangkap dengan mainan emosi kerisauan ini, segeralah bermuhasabah.

Ya, benar.. saya akui, jodoh tidak akan bergolek, ia perlu dicari.
Namun, pencarian anda itu bagaimana caranya?
Adakah mengikut syariat atau tidak?
Adakah anda yakin pacar anda sekarang pasti meminang anda atau tidak?
Dan akhirnya pasti kalian menjawab, "terserah pada Allah, moga inilah jodohku.."

Nah, akhirnya anda sendiri akur untuk berserah juga akhirnya, tetapi berserah setelah mengikut pencarian yang salah, anda sendiri mampu menafsir apa yang berlaku seterusnya.
Saya tidak menafikan juga bahawa kebahagiaan itu tidak mampu dinilai.
Tapi sedarlah wahai sekalian sahabatku, kita sering bermimpi indah selepas perkahwinan, punya anak-anak yang soleh dan sebagainya, tapi hakikatnya kita masih kabur dalam menilai erti perkahwinan itu sendiri.
Seharusnya perkahwinan ini mampu menghasilkan generasi Islam yang lebih mantap, bukan pewaris kepada dosa-dosa yang kalian sudah lakukan sebelumnya.
Tuntasnya, saya mahu mengingat kepada diri serta sahabat sekalian bahawa carilah jodoh anda dengan cara yang paling diredhai oleh Allah.

Berpacaran bukanlah jalan terbaik untuk mengatasi masalah kerisauan anda tentang jodoh.
Jika indah akhlak kalian, menjaga peribadi anda, jodoh itu sendiri datang kepada kalian tanpa disedari.
Mahu pasangan yang soleh dan solehah? Andalah yang perlu menjadi soleh atau solehah dulu...
Mintalah kepada-Nya, kerana hanya Dia  yang Maha Mengetahui jodoh terbaik untuk kalian.
Apa yang perlu kalian lakukan sekarang bukanlah menjalin hubungan mesra dengan pacaran tetapi jalinlah hubungan mesra dengan Yang Maha Memiliki!
Jangan sekadar mohon jodoh, namun mohonlah juga keturunan yang baik kerana itu bisa menjadi penyejuk mata dan hatimu.
Ikutlah jalan Islam, pasti bahagia selamanya...

Saturday, October 12, 2013

Nak Jadi 'SAHABAT' atau 'KAWAN' ??


Bismillahhirrahmannirrahim....

Apa itu 'SAHABAT'???dan apa itu 'KAWAN'??
Nampak macam sama kan dua perkataan ini??..
Iya!! memang nampak seakan sama, tetapi tidak serupa..

Apa erti 'SAHABAT' ya?? dan apa pula erti 'KAWAN' yang sebenarnya??
Kenapa mesti dibeza-bezakan antara 'SAHABAT' dan 'KAWAN'?? PASTI!! Iya! 
Memang wajar kita membezakan kerana seorang 'KAWAN' tidak semestinya dia akan setia bersama kita ketika kita hadapi kesusahan..
Tapi, seorang 'SAHABAT', dia tidak akan sesekali biarkan hidup kita menghadapi kesusahan seorang diri.. 
Itulah 'SAHABAT' sejati yang sentiasa diredhai ALLAH S.W.T.

Memang mudah untuk mencari seorang 'KAWAN' dalam dunia ketika kita senang.. 
Tapi amat sukar sekali untuk kita mencari 'SAHABAT' yang sentiasa bersama kita ketika SUSAH mahupun SENANG.. 
Seorang sahabat yang baik, dia tidak akan sesekali mem'BUANG' SAHABAT dalam hidup walaupun sahabatnya itu pernah melakukan kesilapan terhadap dirinya kerana dia percaya, MANUSIA ni tidak lari daripada melakukan dosa dan kesilapan.. 

Saya nak kongsikan kata-kata hikmah yang berbunyi, 

"Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa." 

"Sahabat sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tidak akan meninggalkan kita dalam suka, apalagi dalam duka." 

"Bersahabat dengan seorang yang jujur akan membuat seseorang itu sentiasa terpelihara kejujurannya."


Seorang 'SAHABAT' akan sentiasa membimbing 'SAHABAT'nya ke jalan yang lurus. 
Inilah SAHABAT yang sejati.. 
Ketika senang dia bersama kita, ketika susah pula dia membantu kita. 
Ketika kita lalai dengan DUNIA, dia datang mengingatkan kita tentang AKHIRAT..
ALLAHUAKBAR!! bersyukur nya mempunyai sahabat yang sebegini..

Ada pepatah mengatakan,

"JANGAN mudah membuang, tambah-tambah lagi jika ia bukan barang tetapi ORANG.."

Kepada teman-teman yang sering kehilangan atau sering dibuang kawan, mari saya kongsikan kata-kata semangat yang patut kita renung kan bersama..

"Hilang seorng kawan bukan bererti diriku akan hilang 10 orang sahabat......

Hilang 10 org kawan bukan bererti diriku akan hilang 100 orang sahabat....

Hilang 100 org kawan bukan bererti diriku akan hilang 1000 orang sahabat...

KERANA SAHABAT akan sentiasa setia disisi kita walaupon kita pernah lakukan kesilapan terhadap dirinya..

MEMAAFKAN dan membimbing itu lah yang Rasulullah ajar kita semua... 

Jadi, usah bersedih andai anda kehilangan seorang kawan kerana ALLAH akan menggantikan 10 org sahabat buat diri anda.. 

PERCAYALAH... yakin pada ALLAH!!.......:').. "

Dan mari kita ingat bersama dan kita letakkan diri kita sebagai seorang 'SAHABAT' kepada teman-teman yang kita sayang... 
Jangan jadikan diri kita sebagai seorang 'KAWAN' sahaja kepada teman-teman kita.. 
Seperti mana kata-kata dibawah ini,

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. 

Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
 
Sahabat sejati menjadi pendorong impian. 

Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah....."

Mengapa ada manusia sukar utk memaafkan kesalahan org??
Sedangkan Allah pun Maha Pengampun.... kenapa manusia mesti ada sifat dendam itu dalam diri?? 
Kenapa manusia mesti ada ego dalam diri mereka..?..Sedangkan kita sendiri tahu, Rasulullah tidak pernah memusuhi mereka yang memusuhinya.. 
Walaupun mereka melempar najis ke arah baginda, baginda masih memaafkan mereka.. itu memang sudah ternyata MUSUH tu, tapi kita???
Bila kawan sendiri lakukan sedikit kesilapan, kita menghukumnya seolah-olah dia melakukan kesalahan yang terlalu besar..?
Benar kah tindakan kita membuang sahabat kita daripada kehidupan kita itu??
Andai benar sekalipun kesilapan yang dilakukan itu adalah besar, tetapi tidak perlulah sehingga membuang nya dari kehidupan anda..\
Apa salah sahabat kita itu sehingga kita sanggup melupakan kenangan-kenangan manis kita ketika bersama dengan nya??..

INGATLAH, sahabat anda hanya melakukan satu kesilapan, tetapi renungkan lah apa yang telah sahabat anda itu korbankan untuk anda daripada bermula nya perkenalan anda dengannya sehinggalah anda memutuskan hubungan silaturrahim dengannya...
Kepada sahabat yang teraniaya, walaupun telah berkali-kali memohon kemaafan daripadanya, tetapi masih tidak dimaafkan,biarlah... 
Yang penting kita telah melaksanakan tanggungjawab kita kepada manusia telah ditunaikan... 
Dulu,sekarang, dan selamanya kita hanya berserah kepada Ya Rabb... 
Hanya ALLAH yang Maha Pengampun, dan kita hanya mengharapkan pengampunan dari Nya..... 

Andai maaf kita tidak diterima oleh manusia, apa lagi mampu kita lakukan??
Yang penting kita tahu, ALLAH lah yang menentukan SYURGA dan NERAKA ke atas diri kita ini, bukan teman kita itu.....
Moga segala yg kita lalui, berikan diri kita lebih kuat dan cekal hati daripada sekarang ini...

Peringatan buat diri kita dalam menjadi SAHABAT yang sejati adalah,

"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. 

Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. 

Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. 

Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

...Mari bersama saya, kita bersahabat sampai ke Syurga..
Jom ikut tips daripada isi kandungan Al-Qur'an:
1. Ikhlas dalam persahabatan [Surah al-Syura : 23]
2. Tidak bersangka buruk dalam persahabatan [Surah al-Hujurat : 12]
3. Saling menasihati dalam persahabatan [Surah al-Nisa' : 114]
4. Sentiasa memaafkan dalam persahabatan [Surah al-Nisa' : 148]
5. Menjaga suara dalam persahabatan [Surah Luqman : 19]
6. Amal makruf dalam persahabatan [Surah al-Taubah : 71]
7. Jujur dalam persahabatan [Surah al-Maidah : 119] 

sumber : Gen-Q isu no.8
 
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, 
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, 
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..
dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Mari kita renungkan pesanan UZAR,"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."_(Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman) UZAR_

Wallahualam....
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

-A-

Design Experiment SPM Biology