Ain cuba mencari kelibat Zara. Tapi tidak kelihatan. Mereka sudah berjanji untuk berjumpa di kompleks membeli-belah.
“Oi mak cik...”
Terkejut Ain bila ada seseorang yang menyapa bahunya dari belakang.
“Ya Allah Zara. Kot ye pun bagilah salam. Main sergah aje. Terkejut aku
tau tak. Kalau kena heart attack macamana? Aku belum kahwin lagi tau.”
Ngomel Ain.
Zara hanya tersenyum. “Aik, dah terima Hakimi ke tiba-tiba cakap pasal kahwin ni?” Zara mengusik.
“Ehemmm ...” Belum sempat Ain membuka mulut, kedengaran suara seseorang sedang berdehem dari belakang Ain. Dia menoleh.
Zara terlupa tentang Ikhwan.
“E'eh. Aku lupa. Ini abang aku, Ikhwan.” Zara memperkenalkan.
“Handsome!” Bisik Ain nakal dalam hati.
“Hi.” Ucap Ikhwan sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Ain.
Ain terkejut. Tapi dia cuba untuk tidak menunjukkan reaksi wajah
terkejutnya itu. Ain hanya membuat isyarat untuk tidak bersalaman.
Zara juga terkejut dengan perlakuan Ikhwan. Tidak pernah dia melihat
Ikhwan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan mana-mana perempuan.
Buang tabiatkah dia?
“Nice to meet you. But sorry girls. I need to go. See you later okay.”
Sekejap sahaja Ikhwan sudah hilang dari pandangan.
“Abang kau tu baru balik dari oversea ke Zara? Bukan main speaking lagi.
Siap hulur tangan bagai lagi.” Tanya Ain. Bukan apa. Takkan dia tak
tahu batas dia dengan seorang perempuan dewasa yang tak ada ikatan sah
dengan dia? Tak bagi salam pula tu bila nak pergi.
“Ish, taklah Ain. Dia datang hantar aku je. Sebelum ni dia kerja dekat
Sabah. Tu pun baru aje dia balik dua hari lepas. Kebetulan pula tadi dia
memang nak datang sini beli barang katanya. So, aku join sekali lah.
Lagipun kereta aku tidur dekat bengkel. Tapi kan Ain, aku pun pelik juga
dengan perangai dia hari ni. Semacam aje. Sorry lah dengan perbuatan
dia tadi tu eh.” Zara memohon maaf. Dia sendiri tidak tahu apa yang
merasuk abangnya tadi sehingga berkelakuan lain dari yang biasa.
“Takpelah. Lain kali dia buat lagi, aku direct sound dia. Biar padan muka. Jom kita gerak. Aku dah lapar ni.”
No comments:
Post a Comment