“Termenung jauh nampak.” Ikhwan mematikan lamunan Hakimi. Dia menarik kerusi di hadapan Hakimi.
“Eh tak adalah.” Hakimi menafikan.
Hakimi membuang pandangan jauh ke luar. Tenang sahaja dirasakan sama seperti bila dia melihat wajah Ain. Masih marahkah dia?
“Aku dah buat keputusan Ikhwan. Aku nak hantar rombongan masuk meminang!”
“Wah! Baguslah tu. Cepat-cepatlah kau hantar. Nanti dia kena kebas dengan orang lain baru padan muka.” Ikhwan berseloroh.
“Tu lah masalahnya. Aku risau dia tolak lamaran tu. Kan aku pernah kecewakan dia dulu.” Ujar Hakimi.
“Laa, ni nak melamar kekasih lama ke ni?” Soal Ikhwan untuk mendapatkan
kepastian. Kerana selama ini tiada pun nama-nama perempuan yang meniti
di bibirnya selain “kekasih lamanya” itu.
Hakimi mengangguk.
“Kau ni kan. Belum lagi cuba dah awal-awal mengalah. Kita kan ada Allah.
Kau mohonlah pada Dia semoga pintu hati kekasih lama kau tu terbuka
sikit untuk terima kau. InsyaAllah Kimi. Kalau kau berdua memang dah
ditakdirkan untuk bersama, payah macamana sekalipun kau berdua tetap
akan bersama. Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya.”
Hakimi nekad. Mungkin ini sajalah caranya.
No comments:
Post a Comment