Bayangkan seekor harimau dengan ganasnya menerkam masuk ke dalam rumah kita. Aummm!!!
Gigi-giginya menyeringai. Kuku-kukunya tajam mencengkam.
Lalu, apa yang terjadi?
Sudah tentu ada di antara kita yang bertempiaran lari, menjerit,
bertakbir, menyorok di bawah katil, mengunci diri di dalam bilik mandi
dan ada juga yang pengsan terus.
Bayangkan pula seekor nyamuk terbang masuk ke dalam rumah kita.
Nggg!!!
Apa
yang terjadi? Hmm, ia terbang bebas ke hulu, ke hilir. Ramai yang buat
tidak hairan sahaja. Apalah yang perlu ditakutkan pada seekor nyamuk,
hati berbisik. Cuma seekor.
Selalunya begitu, semua orang takut kepada perkara yang besar
kerana ia kelihatan berbahaya namun tidak takut kepada perkara yang
kecil. Sedangkan, jika ingin dibandingkan nisbah orang yang mati dibaham
harimau dengan orang yang mati digigit nyamuk, mana lebih ramai.
Bandingan
mudahnya, berapa kali setahun secara anggarannya akhbar memaparkan
berita tentang orang yang menjadi mangsa Pak Belang? Berapa kali pula dilaporkan berita tentang penyakit demam denggi, demam malaria, Japanese Encephalitis, kaki untut dan sebagainya yang semuanya berpunca daripada gigitan nyamuk?
Begitulah
analogi yang boleh dikaitkan dengan fenomena zina pada hari ini. Semua
orang takut dan benci berzina. Ia dianggap perkara besar dan berbahaya.
NAMUN
ramai orang yang tidak takut pada perkara-perkara yang boleh membawa
kepada zina. Ia sering dianggap kecil dan dipandang remeh. Tiada
sensitiviti untuk berhati-hati dengannya. Akibatnya, yang kecil ini
membawa kepada kemusnahan besar dalam hidup seseorang.
Setiap
dosa besar bermula daripada dosa kecil. Setiap jenayah anggota bermula
daripada dosa hati. Tidak hairanlah Rasulullah SAW dan generasi
salafussoleh amat berhati-hati menjaga hati dengan memperbanyakkan
istighfar setiap hari meskipun mereka bukanlah ahli dosa.
عن
الأغرَِِِبن يسار المزني رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلي الله عليه
وسلم : (( يا أيها الناس، توبوا إلي الله واستغفروه ، فإني أتوب في اليوم
مائة مرة))(58) ( رواه مسلم)
“Dari al-Agharr bin Yasar al-Muzani radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
”Wahai sekalian manusia, bertaubat dan minta ampunlah (istighfar) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah seratus kali setiap hari.” (HR. Muslim)
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah
manusia yang sentiasa bertaubat beristighfar kepada Allah, hal ini
sebagaimana hadits di atas dan juga hadits berikut ini:
عن
أبي هريرة رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلي الله عليه وسلم يقول: ((
والله إني لاستغفر الله وأتوب إليه في اليوم أكثر من سبعين مرة))(57) (
رواه البخاري)
“Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, dia berkata, aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:”Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih dari 70 kali.”(HR.Bukhari)
Tidak
hairanlah al-Quran menyuruh berawas pada perkara yang dianggap kecil
itu. Firman Allah SWT, “Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia
adalah keji dan seburuk-buruk jalan.” (Surah al-Isra’: 32).
Nyamuk-nyamuk Ikhtilat
Sms tanpa urusan, call tanpa urusan, dating tanpa mahram, chatting tanpa
urusan dan bermacam-macam lagi bentuk fitnah komunikasi tanpa urusan
antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah antara jalan-jalan
menghampiri zina. Ia ibarat nyamuk-nyamuk ikhtilat yang boleh menjunamkan seseorang kepada penyakit berbahaya.
Teknologi tidak salah. Tapi manusialah yang suka
menggunakannya dengan tujuan yang salah. Berurusan atau bermuamalat
dengan lawan jenis menggunakan teknologi-teknologi ini bukannya salah.
Tapi manusia suka menggunakannya untuk bergaul bebas atau berikhtilat.
Apa itu ikhtilat? Ikhtilath ada maksudnya dari segi bahasa dan istilah. Dalam
Bahasa Arab, ikhtilath sering dirujuk sebagai sesuatu yang negatif.
Seperti perkataan khalwat umumnya difahami sebagai sesuatu yang negatif.Sedangkan dari segi bahawa ikhtilat dan khalwat boleh membawa maksud yang negatif dan positif. Ikhtilat
di sini bermaksud pergaulan bebas antara lelaki dan
perempuan yang bukan mahram tanpa urusan. Asal pergaulan bebas antara
lelaki dan perempuan bukan mahram adalah haram.
Namun
jika atas dasar urusan dan kerja, maka interaksi antara lelaki dan
perempuan bukan mahram menjadi harus. Ia kurang disebut sebagai ikhtilat (walaupun dari segi bahasa sebenarnya boleh juga disebut ikhtilat yang dibenarkan) sebaliknya disebut muamalat. Kaedah syarak tentang asal hukum muamalat adalah harus iaitu al-aslu fil muamalat mubah. Ada banyak urusan. Urusan jual beli, kerja, persatuan, pelajaran,
khidmat kaunseling, dan sebagainya. Semua ini urusan. Ianya harus.
Namun, ianya bergantung juga pada niat hati masing-masing.
Ini disokong pula oleh kaedah syarak yang menyebut, al-darurah tubiihul mahzurat bermaksud
darurat membolehkan apa yang dilarang. Urusan antara lelaki dan
perempuan pada hari ini tidak dapat dinafikan adalah suatu keperluan
atau disebut darurat.
Namun,
pembolehan ini tidak dilepaskan sebebas-bebasnya, sebaliknya, ada
adab,akhlak dan batasan yang memagarinya. Kaedah syarak yang lain
menyebut, al-dorurah tuqaddar biqadariha bermaksud darurat diukur dengan kadarnya.
Masalahnya, ramai orang yang menjadikan urusan satu alasan untuk menghalalkan ikhtilat yang terlarang. Call, sms, dating, chatting berbaur peribadi yang diselit dicelah-celah urusan kian membarah sebagai budaya. Sekadar ingin bertanya,
~ Dah makan ke?
~ Tengah buat apa tu?
~ Esok nak pakai baju warna apa?
~ Dah tidur ke?
Adakah
ini dikatakan urusan? Manusia tidak berhak menghukum hati sesiapa,
bertanyalah sendiri kepada Pencipta hati masing-masing. Mungkin benar
adanya urusan di sebalik pertanyaan-pertanyaan seperti ini bergantung
kepada niat. Wallahua'lam. Kita hanya melihat luaran, Allah lebih tahu
maksud dalaman.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan urusan? Urusan
adalah sesuatu yang apabila kita bentangkan depan Allah SWT, kita yakin
kita mampu jawab dan berhujah depan Allah bahawa ia adalah urusan, maka
itulah yang dinamakan urusan. Jika hati masih berasa was-was samada ia
suatu urusan atau tidak, maka berawaslah.
Sabda Rasulullah SAW,
عن النواس بن سمعان عن النبي قال: (( البر حسن الخلق. والإثم ما حاك في نفسكوآرهت أن یطلع عليه الناس )). رواه مسلم. وعن وابصة بن معبد
قال: (( أتيت رسول
الله e فقال: ( جئت تسأل عن البر؟ قلت: نعم. قال: استفت قلبك البر ما اطمأنت إليه النفس
واطمأن إليه القلب، والإثم ما حاك في النفس وتردد في الصدر وإن أفتاك الناس وأفتوك ))
حدیث حسن رویناه مي مسندي الإمامين؛ أحمد بن حنبل والدارمي بإسناد حسن .
الله e فقال: ( جئت تسأل عن البر؟ قلت: نعم. قال: استفت قلبك البر ما اطمأنت إليه النفس
واطمأن إليه القلب، والإثم ما حاك في النفس وتردد في الصدر وإن أفتاك الناس وأفتوك ))
حدیث حسن رویناه مي مسندي الإمامين؛ أحمد بن حنبل والدارمي بإسناد حسن .
Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda: Kebajikan
itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar
dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya. (Hadis riwayat al-lmam Muslim)
Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu. Baginda bersabda: Engkau
datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda
bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara
yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu
ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati,
sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka
memberikan fatwa kepadamu. (Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik).
Cinta Fitnah
Cinta
yang asalnya suci dan bersih di hati setiap insan boleh tercemar
apabila disalurkan dengan jalan-jalan yang mendekati zina. Berkata Prof.
Syeikh Yusuf al-Qaradhawi apabila ditanya tentang bercinta sebelum
bernikah, “Saya ingin tegaskan kembali apa yang selalu saya katakan,
saya tidak memuji apa yang dilaungkan segolongan orang tentang
pentingnya bercinta sebelum bernikah, kerana cara seperti ini
dikhuatirkan berbahaya dan syubhat.” (Rujuk buku Wanita dalam Fikih
al-Qaradhawi).
Katanya
lagi, “Banyak orang yang memulakan cara bercinta dengan cara yang tidak
benar, seperti berpacaran melalui percakapan telefon dengan bicara yang
sia-sia. Ia seringkali dilakukan oleh anak-anak muda ketika menikmati
waktu kosong atau bosan. Berpacaran melalui telefon ini kadang-kadang
disambut oleh remaja puteri, dan ini biasanya yang sering terjadi dalam
keluarga, tanpa disedari dan difikirkan akibatnya, baik oleh remaja
putera mahupun remaja puteri. Awalnya memang cuba-cuba tapi kemudiaannya
ketagihan. Awalnya bercanda tetapi akhirnya serius.”
Menghampiri zina semakin menjadi trend muda-mudi malah orang dewasa sekalipun. Rasulullah SAW mengingatkan:
حبك للشئ يعمى ويصم (رواه أحمد)
“Kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membuatkan kamu buta dan tuli.” (Riwayat Ahmad).
Soal cinta amat akrab dengan soal hati. Oleh sebab itulah
hati perlu berada dalam keadaan sentiasa berhati-hati dengan
memperbanyakkan istighfar. Bimbang rasa suka, cinta dan sayang yang
suci itu terheret menjadi rasa ingin sms selalu, call selalu, jumpa
selalu. Seterusnya, hati yang menjadi raja kepada jasad boleh mengarah
anggota badan seperti lidah, tangan, kaki, mulut dan telinga,
bertindak sesuatu secara salah. Ketika inilah fitrah menjadi fitnah.
Amat
jarang kedengaran pergaulan antara lelaki dan perempuan bermula dengan
perbuatan yang ‘berat-berat’ terus. Ia biasanya dimulai dengan yang
‘ringan-ringan’ dahulu atau yang disebut sebagai menghampiri zina.
Ingat pesan Nabi,
فالعين تزنى وزناها النظر
واللسان يزنى وزناه النطق
والرجل تزنى وزناها الخطى
واليد تزنى وزناها البطش
والقلب يهوى ويتمنى
والفرج يصدق ذلك أو يكذبه
(رواه مسلم والبخارى وأبو داود)
Mata itu berzina dan zinanya adalah memandang (tanpa keperluan),
Lisan itu berzina dan zinanya adalah bercakap (yang sia-sia, lucah dan sebagainya),
Kaki itu berzina dan zinanya adalah melangkah (untuk bermaksiat),
Tangan itu berzina dan zinanya ialah merangkul (untuk bermaksiat),
Hati itu berhawa dan berangan-angan,
Faraj membenarkan atau mendustakannya.
Dalam
mengambil sikap berhati-hati menjaga hati, kita bukan sahaja takut
hati asyik membayangkan persetubuhan luar nikah. Malah, jagalah hati
daripada asyik membayangkan perkara-perkara yang menghampiri zina
daripada sekecil-kecil perkara seperti berhubungan, berjumpa,
berpelukan, bergeselan dan sebagainya. Jika terus dilayan, hati akan
terheret jauh dan makin jauh. Anggota badan mula tidak keruan untuk
bertindak tatkala menerima tekanan rajanya.
Remaja Yang Dikagumi Allah
Cinta
fitnah yang tersalur dengan jalan-jalan menghampiri zina ini tidak ke
mana. Orang yang memilih cara ini hanya memilih untuk disakiti dan
dikecewakan samada di dunia atau di akhirat atau kedua-duanya sekali.
Allah SWT mengingatkan kita,
الأخلاء يومئذ بعضهم لبعض عدو إلا المتقين (الزخرف: 67)
“Teman-teman kesayangan pada hari itu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa.”
Sama-samalah menjadi remaja yang memelihara kesucian diri. Remaja
yang membina kualiti fardu Muslim insya-Allah akan dianugerahi Allah
dengan Baitul Muslim. Baitul Muslim ini akan mencorakkan satu generasi
masa depan yang hebat untuk membina masyarakat Muslim seterusnya negara
dan khilafah.
Sabda Rasulullah SAW,
عجب ربك من الشاب ليست له صبوة (رواه أحمد)
"Allah merasa takjub kepada pemuda yang tiada baginya rindu yang cenderung kepada kebodohan." (Riwayat Ahmad)
No comments:
Post a Comment