It's just me...

It's just me...

Wednesday, November 14, 2012

KEAJAIBAN ISLAM DALAM SAINS

Ketamadunan barat yang sentiasa melonjakkan diri mereka sendiri sebagai perintis penciptaan sesuatu telah memperlekeh-lekehkan hasil ciptaan ahli sains Islam, Hindu dan China amat ketara di masa lampau.
Bukti-bukti di bawah menunjukkan bahawa ahli sains Islam tidak ketinggalan seperti yang disangka oleh barat.



  • Dalam sejarah mengatakan bahawa Roger Bacon disebut sebagai orang pertama berusaha ke arah manusia dengan penerbangan, beliau telah melukis beberapa bentuk mesin terbang. Leonardo Da Vinci juga mencuba melakar jentera untuk penerbangan tetapi kedua-duanya berakhir setakat itu saja.
  • Apa yang sepatutnya dalam sejarah ialah bahawa Ibnu Firna dari negara Islam Sepanyol telah membina dan mencuba menerbangkan mesin terbang pada 800 Masihi. Roger Bacon belajar dan merujuk kertas kerja yang telah dibuat oleh Ibnu Firnas 500 tahun selepasnya. Begitu juga dengan Da Vinci yang belajar dan merujuk kerja Ibnu Firnas 700 tahun selepasnya.

  • Dalam sejarah mengatakan bahawa pada kurun ke 17 (165 Masihi) pendulum yang dicipta oleh  Galileo semasa belasan tahun setelah ternampak lampu candeliar berayun apabila ditiup angin. Dengan itu, dia terus mencipta pendulum.
  • Apa yang sepatutnya dalam sejarah ialah pendulum telah dicipta oleh Ibnu Yunus Al-Masri dalam kurun ke 10 (950 Masihi) yang telah memulakan kajian tentang benda yang berayun atau bergerak yang telah digunakan untuk membuat jam oleh ahli fizik Islam dalam kurun ke-15
 

No comments:

Post a Comment

Design Experiment SPM Biology