- Jenazah mestilah dikapankan dan disolatkan mengikut jantina asal kerana penukaran jantina tidak diiktiraf oleh syarak.
Hukum wanita menutup aurat meletakkan gambar di laman sosial
- Sebagaimana syarak melatakkan hukum kepada wanita untuk wajib menutup aurat dan tidak berhias-hias, begitulah hukum yang perlu diperlihatkan di laman sosial.
- Harus meletakkan gambar di laman sosial seperti Facebook. Namun gambar tersebut mesti tidak terlalu besar, mestilah menutup aurat, tidak menarik perhatian lelaki dan diharuskan oleh syarak.
- Gambar mesti dalam saiz yang sederhana agar tidak berlaku sebarang pengkhianatan terhadap gambar tersebut.
- Terdapat kes yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil gambar orang Islam dan dibuat super impose dan diedit menjadi gambar yang tidak sepatutnya.
Hukum menyambut Hari Bapa
- Hari Bapa adalah perayaan orang bukan Islam.
- Ia berasal dari Amerika apabila rakyat Amerika mahukan bapa juga diiktiraf sebagaimana Mother Church mendapat pengiktirafan kerajaan dan gereja.
- Hari Bapa diiktiraf secara rasmi oleh Presiden Amerika Richard Nixon dan mendapat pujian daripada gereja-gereja seluruh Amerika dan Kanada.
- Dalam Islam, kita perlulah mengenang jasa ayah kita setiap masa dan tidak tertakluk pada tarikh itu sahaja.
Hukum menyebut 'rahimahullah' kepada orang kafir yang mati
- Hukumnya adalah tidak boleh. Apa yang boleh ialah mengucap takziah kepada keluarga si mati.
- Tidak boleh menyebut rahimahullah kepada orang kafir kerana rahmat Allah tidak ada pada mayat orang kafir.
- Ini kerana Rasulullah saw dahulu dilarang mendoakan keampunan dan rahmat kepada bapa saudaranya yang mati kepada kekufuran.
Pasangan suami isteri yang kafir yang ingin memeluk Islam perlu kahwin semula
- Sekiranya mereka sudah berkahwin dalam agama asal, dan kemudian kedua-duanya memeluk Islam, mereka tidak perlu berkahwin semula.
- Semua anak-anak yang lahir daripada hasil perkahwinan mereka juga dianggap telah memeluk Islam.
- Hukumnya harus selagi kita tidak meminta dan mendoakan yang haram.
- Sekiranya dia bersumpah dengan demi Allah SWT dan melanggar sumpah itu, dia perlu membayar kifarat iaitu berpuasa 3 hari ataupun memberi makan kepada 10 orang miskin.
Hukum mendoakan perkara yang tidak baik terhadap orang yang menganiaya kita
- Hukum mendoakan perkara yang tidak baik adalah makruh.
- Sekiranya iaa tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan, hukumnya adalah haram.
- Sebaik-baiknya kita mendoakan supaya pintu hatinya dibuka untuk berubah ke arah kebaikan.
Terima buah limau ketika Tahun Baru Cina
- Hukumnya adalah harus dimakan buah limau tersebut yang diberi oleh orang Cina.
- Ini kerana limau tersebut tidak termasuk dalam ibadat mereka yang kafir itu.
- Tetapi sekiranya buah tersebut digunakan untuk upacara agama seperti di tempat pemujaan, buah tersebt tidak boleh dimakan.
Ramalan tarikh lahir
- Ramalan tersebut adalah syirik. Tidak ada rahsia kehidupan kita dengan tarikh lahir.
Mati tidak mengucapkan dua kalimah syahadah ketika kemalangan
- Tiada hadis ataupun ayat Al-Quran yang menyatakan sesiapa yang mati dan tidak sempat mengucap dua kalimah syahadah disebabkan mati mengejut akan masuk neraka.
- Tidak semestinya orang yang mati tetapi tidak sempat mengucap itu sesat.
- Ucapan keimanan yang paling penting adalah dengan sentiasa mengingati Allah SWT di mana jua kita berada.
Hukum lelaki bertindik di telinga
- Hukumnya adalah haram.
- Apa-apa yang dikhaskan untuk perempuan adalah haram dilakukan oleh lelaki.
- Bertindik hanya diharuskan kepada perempuan sahaja.
Hukum makan hidangan kenduri kahwin yang tidak dijemput
- Sekiranya dia tidak dijemput, tetapi dia sekadar datang, hukumnya tidah haram.
- Tetapi ia menjadi haram apabila dia makan hidangan kenduri tersebut.
- Dia wajib bertaubat dan memulangkan semula makanan itu kepada tuannya.
- Sekiranya makanan sudah ditelan, dia wajib berjumpa dengan tuan rumah dan membayar mengikut nilai harga makanan yang dimakan.
Hukum terlalu fanatik dengan artis
- Kasih kepada artis yang melakukan dosa adalah dilarang sama sekali kerana ia menandakan kita redha dengan artis itu.
- Makruh hukumnya sekiranya kita meminati artis bukan Islam walaupun lakonan dan nyayiannya tidak haram.
Hukum membalas sihir yang orang hantar kepada kita
- Haram kita membalas dengan sihir.
- Tetapi harus hukumnya sekiranya kita kembalikan sihir tuannya sendiri kepadanya.
- Ia tidak boleh digunakan kerana mendatangkan fitnah.
- Apa sahaja yang datang dari syurga tiada bandingannya di dunia.
Hukum wanita yang memakai tudung tetapi menampakkan tocang.
- Ia dimaafkan sekiranya sukar menyembunyikan bentuk rambut di dalam tudung.
- Situasi yang dilarang adalah sengaja menampakkan bentuk tocang itu.
Hukum membuka purdah bagi dilihat bakal suami
- Tidak menjadi kesalahan kerana Nabi Muhammad menyuruh lelaki yang ingin berkahwin melihat dahulu muka perempua yang mahu dikahwini.
- Nabi tidak mengatakan bahawa perkahwinan mesti berlaku selepas sesi taaruf.
- Tetapi bagi sesiapa yang berniat untuk bermain-main denga perkara ini, maka orang itu berdosa.
Akikah bagi bayi yang mati di dalam kandungan
- Menurut sesetengah ulama, akikah tidak sunat dilakukan untuk orang yang meninggal dunia.
- Yang menjadi sunat adalah memberikan nama kepada bayi yang meninggal selepas 120 hari bayi tersebut berada dalam kandungan.
- Bayi yang meninggal sebelum mencapai 120 hari dalam kandungan tidak sunat diberikan nama.
- Menurut sesetengah ulama, jasad ditiupkan roh pada hari ke-121 dalam kandungan.
- Setiap jasad yang ditiup roh pasti akan dibangkitkan semula selepas mati. Yang belum cukup 120 hari, ia tidak akan dibangkitkan dan tidak perlu diletakkan nama.
Sendawa ketika solat
- Tidak batal solat sekiranya bukan mengeluarkan bunyi sendawa itu dengan sengaja.
Hukum meriba Al-Quran
- Meriba sesuatu bukan membawa maksud hina. Kita boleh meletakkan Al-Quran atas riba ketika membacanya tetapi perlu dijaga adab-adab supaya terpelihara kesucian dan kehormatan Al-Quran.
- Sekiranya berniat bagi menghina,perbuatan tersebut adalah haram.
Hukum orang bukan Islam membaca Al-Quran
- Orang bukan Islam boleh membaca ayat Al-Quran melalui paparan skrin, digantung dan sebagainya.
- Namun, mereka tidak boleh menyentuh teks Al-Quran.
- Hukum ini diringankan bertujuan memperkenalkan Islam kepada mereka.
No comments:
Post a Comment