It's just me...

It's just me...

Monday, April 20, 2015

BELAJARLAH DARI ALAM



  • Belajarlah dari MATAHARI - Adil menebar cahaya dan memberikan kehangatan kepada semua, baik yng terawang-awangan di angkasa mahupun yang bertebaran di atas bumi, kepada yang miskin mahupun yang kaya, yang mulia hatinya juga buat si kejam dan buat semua makhluk ciptaan Allah.

  • Belajarlah dari BUNGA - Sentiasa tersenyum menyebarakan harumannya, menghadiahkan kecantikan untuk mengubat hati yang gundah, juga menggembirakan setiap mata yang memandang.

  • Belajarlah dari LEBAH - Sentiasa berganding bahu, bekerja dengan hati yang riang dan semangat membara.

  • Belajarlah dari POKOK - Menghadiahkan buah yang manis dan segar sambil menndukkan dahannya.

  • Belajarlah dari BULAN - Terang memancarkan cahayanya yang kemilau dan indah buat menyuluh malam yang gelap.

  • Belajarlah dari SUNGAI - Tabah bergerak menuju ke destinasi dengan meredah apa sahaja halangan hinggalah sampai ke muaranya. Airnya lembut dan tenang taapi tiada suatu pun yang mampu menghalang kemaraannya.

  • Belajarlah dari DAUN YANG LURUH - Sabar ketika menghadapi kesukaran, sentiasa tersenyum menunggu hari yang lebih baik dan sesuai untuk tumbuh kembali.

  • Belajarlah dari HUJAN - Kehadirannya dinanti-nantikan buat menyejuk alam yang hangat, membasahi kekeringan, menghijaukan tanah yang gersang dan memberi nyawa kepada tumbuh-tumbuhan.
Lihatlah ke dalam diri, peljari sifat-sifat alam yang dicipta Sang Penguasa Agung. Belajarlah dari alam kerana kita juga sebahagian darinya.

No comments:

Post a Comment

Design Experiment SPM Biology