Maksud
Rangkap 1
Segelintir wanita berlebih-lebihan ketika
berdandan seperti mencukur bulu roma di muka dan membentuk kening. Mereka juga
berhias dan memakai pakaian yang selengkapnya.
Rangkap 2
Terdapat segelintir wanita yang ketawa
mengilai-ngilai. Malahan, di hadapan lelaki dia akan menunjuk-nunjukkan mukanya
supaya lelaki tersebut terpikat akan kecantikannya.
Rangkap 3
Ada sesetengah wanita yang suka bersolek dan
berhias. Mereka juga sanggup membuang masa di hadapan cermin bagi melihat wajah
mereka.
Rangkap 4
Terdapat segelintir wanita yang tidak begitu
cantik dan jelita. Malahan, hidungnya kembang dan tidak mancung seperti besar
mulut buaya. Namun, mereka tetap berhias.
Rangkap 5
Ada sesetengah wanita yang berperangai buruk.
Mereka membuat sanggul siput untuk menutup kekurangan rambut, malahan ada yang
sanggup memakai rambut palsu.
Rangkap 6
Ada juga yang melumuri bedak di kaki, tangan,
lengan dan jari sehinnga putih semata-mata untuk mengaburi mata orang yang
melihatnya akan kekurangan diri mereka.
Rangkap 7
Terdapat segelintir wanita yang suka dipuji.
Mereka memakai gelang sehingga ke pangkal lengan dengan tujuan untuk menarik
perhatian. Mereka juga suka berpeleseran dengan lelaki.
Rangkap 8
Ada juga wanita yang mendedahkan kaki dan
tangan dengan alasan untuk berubat. Sebenarnya, niat mereka untuk membuatkan lelaki terpikat kepadanya. Namun, tindakan
mereka diketahui Allah.
Rangkap 9
Kita hendaklah memohon perlindungan daripada
Allah agar kita akan terselamat daripada segala kemungkaran, malahan dijauhi
daripada berperangai seperti perempuan yang tidak berakhlak.
Rangkap 10
Sesetengah wanita suka berjudi sehingga
tergadai barang kemas akibat perangai buruknya selama ini.
Rangkap 11
Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
akan mengakibatkan berlakunya perlakuan yang tidak senonoh. Mereka juga
mengabaikan solat kerana hasutan syaitan.
Tema
Nasihat
kepada golongan wanita bagi memelihara maruah diri.
Persoalan
1. Persoalan
sikap wanita yang suka berhias hingga melanggar hukum syarak.
2. Persoalan
ketaaatan kepada Allah.
3. Persoalan
kesan buruk perjudian.
4. Persoalan
pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
Bentuk
1. Terdiri
daripada sebelas rangkap.
2. Setiap
rangkap terdiri daripada empat baris.
3. Jumlah
perkataan dalam setiap baris antara 2 hingga 6 patah kata.
·
mudah-mudahan dilepaskanlah (2 perkataan)
·
kaki dan tangan lengan dan jari (6 perkataan)
4. Terdiri
daripada 9 hingga 14 suku kata.
·
Ianya elok tiada tandingnya (9 suku kata)
·
Sesetengah perempuan terlalu janggalnya (11
suku kata)
5.
Rima akhir syair ini ialah aaaa
6. Syair
ini adalah puisi terikat.
Gaya
Bahasa
1. Asonansi
-
Pengulangan huruf vokal - Sesetengah perempuan
perangainya cela pengulangan vokal e
2. Aliterasi
- Melihat laki-laki ditampakkan
muka pengulangan konsonan ki
3.
Kata ganda -
dibelek-belek, berjela-jela
4.
Simile - Seperti
taji berandam di keningnya , Seperti buaya
besar mulutnya
5.
Bahasa
klasik -
molek, cemara, intan serudi dan sempolah
6.
Peribahasa
- makan angkat
Nilai
1.
Nilai kesopanan
Seseorang
wanita yang berada di khalayak ramai perlu bersopan santun seperti jangan
ketawa mengilai-ngilai.
2.
Nilai kesederhanaan
Seseorang
wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri.
3.
Nilai ketaatan kepada agama.
Setiap
tindakan yang ingin dilakukan oleh seseorang harus berlandaskan agama.
4.
Nilai kesyukuran.
Bersyukurlah dengan
kurniaan Tuhan dan menerima kekurangan diri.
Pengajaran
1.
Seseorang wanita haruslah menjaga adab dan perilaku agar
dihormati oleh orang lain..
2.
Seseorang wanita perlu bersederhana dalam
penampilan diri, namun tidaklah secara berlebih-lebihan agar tidak menimbulkan
fitnah.
3.
Kita tidak harus terlibat dengan sebarang
aktiviti perjudian agar tidak berlakunya pembaziran.
4. Seseorang wanita haruslah menjaga batas
pergaulan dengan golongan lelaki agar terpelihara daripada maksiat