PENDAPAT PERTAMA
- Dari segi puasa, pemakaian gincu atau pelembap bibir tidaklah membatalkan puasa selagi dapat dijaga. Jangan sampai bahan dari gincu tersebut bercampur dengan air liur dan tertelan ke dalam kerongkong.
- Hukumnya sama seperti menggunakan ubat gigi ketika berpuasa. Jika tidak tertelan masuk ke dalam kerongkong bahan dari ubat gigi tersebut, maka tidaklah membatalkan puasanya.
- Namun, harus diingat bahawa hukum berhias, wanita tidak harus memakai gincu yang terlalu menonjol warnanya, yang boleh menarik perhatian lelaki. Ia termasuk dalam Tabarruj yang dilarang agama. Sebaiknya, gincu berwarna hanya dipakai isteri untuk suaminya sahaja di rumah.
- Adapun yang sederhana yang sekadar mengekalkan warna asal bibir atau untuk melembapkan bibir sahaja, In Shaa Allah diharuskan.
PENDAPAT KEDUA
- Pakai lipbalm tidak membatalkan puasa, tetapi boleh menyebabkan batal puasa bila yang memakai mengeluarkan lidahnya dari mulut lalu meratai bibir mulut dan memasukkan semula lidah bersama 'air lipbalm' tadi yang telah bercampur dengan air liur, kemudiannya dia telan air liur tersebut.
- Telan air liur yang 'mahram' tidaklah membatalkan puasa, walaupun dikumpulkan air liur segelas dalam mulut, kemudian ditelan, sebab air liur itu 'mahram' dengan mulut.
- Dalam kes ini, air liur (yang bercampur dgn lipbalm) adalah jenis 'ajnabi' yang membatalkan puasa apabila ditelan. Demikianlah juga dengan cabut gigi, jika yang dicabut gigi telan air liur yang bercampur dengan darah.
- Air liur adalah 'mahram' tapi darah adalah 'ajnabi'. Maka apabila berlaku percampuran dengan sesuatu yang 'ajnabi', air liur juga bertukar hukum.
Wallahualam.